Cikgu menghadapi masalah share screen atau present now di Google Meet tapi video sangkut ? Atau tak nampak muka anak murid semasa present guna Google Meet ?

Kami nak kongsikan tips bagaimana cikgu boleh gunakan aplikasi Open Broadcaster Software bersama-sama Google Meet untuk share screen pada masa yang sama nampak wajah anak-anak murid cikgu dengan mudah.

Untuk mudahkan proses ini kami cadangkan cikgu gunakan extra monitor di sambungkan ke laptop cikgu untuk memudahkan proses ini. (kalau tak ada singgle screen pun boleh tapi agak serabut siket)

Boleh rujuk artikel nie untuk buat sambungan external monitor https://www.howtogeek.com/306237/how-to-use-mulitple-external-monitors-with-your-laptop/

Langkah seterusnya download software Open Broadcaster Software di website rasmi mereka di sini.

Pilih Windows atau macOS ikut kesesuaian anda dan install macam cikgu pasang software biasa. Buka dan berikut adalah interface yang ada .. kali pertama melancarkan program ini satu popup akan keluar dan pilih ketetapan untuk record sahaja abaikan streaming.

Pilih untuk recording
Pilih saiz 1920×1080 iaitu full HD dan abaikan yang bawah tu
Apply Settings

OK mari berkenalan dengan interface OBS ini sebelum kita ke peringkat seterusnya.

  1. Program = apa yang kita tayang akan muncul di sini
  2. Scene = Bilik atau desgin layout kita nak letak, Boleh letak banyak scene contohnya cover, Slide, Picture in Picture (PIP) dan sebagainya.
  3. Source = Sumber untuk program tayang contohnya webcam, sceen sahaja atau website
  4. Control = Untuk stream, record atau virtual camera

Mari kita setup webcam kita dahulu. Scene 1 kita letak muka kita penuh

klik scene dan pilih add + di kotak source Video Capture Device

Scene 1 kita setup dulu dengan klik di kotak source masukan dengan klik butang + pilij Windows Capture dan pilih webcam cikgu

Rename masukan nama supaya mudah ingat
Jangan lupa pilih audio device masukan sekali webcam audio

Ok tahniah cikgu dah berjaya untuk scene pertama iaitu webcam penuh muka cikgu yang akan menggantikan webcam Google Meet

Contoh scene 1 yang paparan penuh camera cikgu

OK mari kita buat Picture in Picture dengan slide power point

Tambah scene ke dua dan rename ke nama yang sesuai contohnya PIP

Tapi sebelum tu kita kena setting MS Power Point supaya show slide show dalam setting khas. Buka Power Point cikgu dan pergi ke setting berikut.

Pergi tab Slide Show dan Set Up Slide Show
Tukar ke Browsed by an individual (windows)

Dah habis power point tu cikgu tayang macam biasa tapi kali ini dalam keadaan floating dalam windows dia sendiri.

OK kita ke OBS semula dan add source pilih Windows Capture

Untuk scene PIP masukan Windows Capture dalam source
Rename ke Power Point sebagai contoh
Pilih windows Power Point Slide Show tadi
Adjust, resize tetingkap dengan klik dan heret atau jika nak crop tekan Alt + drag mouse
Jangan lupa add source Audio Output Capture sebagai audio desktop supaya video cikgu ada sound
Pilih speaker

Dah siap dan sekarang kita nak masukan webcam kita kecik sebelah power point tadi pula supaya jadi PIP. Pergi ke scene 1 dan copy source webcam tadi

Copy webcam daripada scene 1 tadi dan paste ke scene 2
Paste webcam tadi di sini as reference
resize webcam tu sesedap rasa cikgu

OK dah siap scene cikgu .. dan cikgu boleh pelbagaikan scene tu dengan copy scene dan ubah layout PIP ke kiri atas atau bawah

Macam mana nak hantar suapan video ini ke webcam Google Meet atau apa-apa aplikasi yang guna webcam macam Microsoft Teams, Zoom, Webex atau StreamYard ?

Klik Start Virtual Camera dan select OBS Virtual Cam di Google Meet

Klik Start Virtual Camera
Pilih OBS Virtual Camera

Harap dapat membantu .. Kalau tayang video tak keluar sound maklumkan mungkin ada kena pasang satu plugin khas

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This