Tengah buat apa tu masa PKP ni? Jom sertai kami dalam Program Negara Membaca@PNM 2021
Senang sahaja. Ikut syarat berikut:
- Kongsikan foto/video anda sedang membaca buku atau e-buku
- Maklumkan maklumat ringkas buku seperti tajuk, penulis dan tahun diterbitkan. Anda juga boleh kongsikan bagaimana anda memperoleh buku tersebut.
- Buat ulasan mengenai buku atau e-buku tersebut dan nyatakan 5 perkara ringkas mengenai buku atau e-buku yang dibaca (jika dalam bentuk video durasi 1-2 minit)
- Jangan lupa tandakan suka (like) dan tag media sosial rasmi PNM serta letak tanda pagar #negaramembaca #bangsamembacabangsaberjaya #upustaka
Peserta terpilih setiap bulan akan menerima cenderahati dari PNM!.
JOM!

Recent Comments