Setiap 11 Febuari telah dipilih sebagai Hari Keselamatan Internet sedunia (Safer Internet Day) dan Malaysia juga tidak ketinggalan dan semalam pada tarikh yang sama juga pihak Cyber Security Malaysia telah melancarkan Hari Keselamatan Internet Malaysia bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya.
Program ini telah dirasmikan oleh YAB TPM Malaysia iaitu Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan pada masa yang sama melancarkan buku Mendidik Anak-Anak Digital sebagai panduan mendidik anak-anak diperingkat pra sekolah lagi.
Berminat dapatkan buku ini ? Boleh hubungi CSM dan dijual pada harga RM24 senaskah.
Recent Comments