Buka sekolah pelbagai perkara cikgu kena uruskan daripada buat borang itu ini ada juga notis dan memo sekolah perlu diedarkan ke warga sekolah dan ibu bapa.
Kekadang memo yang dihantar dalam bentuk hardcopy nak kena scan dulu dan tukarkan ke dalam bentuk digital .. scaner pulak besar bagak dan kalau snap dengan camera telefon tangan pulak ketar dan tak jelas. Aduh.
Dengan perkembangan terkini ada pelbagai aplikasi yang boleh scan masalahnya yang betul-betul baik berbayar malah ada tercemar dengan perisian hasad contohnya Camscanner yang ada malware yang boleh mencuri maklumat pengguna.
Kami nak sentuh aplikasi daripada Google iaitu Google Drive .. ya semua cikgu dah dapat bukan ID Google daripada Digital Learning KPM malah kalau pengguna Android aplikasi ini dah didatangkan sekali terpasang.
Eh bukan aplikasi Google Drive nie hanya untuk cloud stroge atau simpanan awan ? Ya tapi adakah kita semua tahu Google Drive ada fungsi scan ?
Untuk scan anda boleh gunakan fungsi scan terbina di dalam Google Drive dan bergantung kepada aplikasi kamera terbina dalam .. mudah bukan ?
Google Drive kali pertama mungkin akan meminta kebenaran akses kamera dan album dan sila benarkan dan selepas itu kita boleh gunakan terus untuk upload.
Tak perlu risau border yang terlebih aplikasi Google Drive akan memotong lebihan dan pastikan kertas dan latar belakang adalah berbeza warna.
Bagaimana mudah bukan ? Scan lebih cantik dan kemas .. barulah mencapai kemahiran yang sesuai pada tahun 2020. Mari lah cuba sekarang ? Ada masalah boleh lah bertanya di bawah.
Recent Comments