pengenalan
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah penambahbaikan secara sistematik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaianmurid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaitu Digital Tech @ Schools.
Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards – DCS), yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika. Untuk tahun ini perlaksanaan dilaksanakan dalam dua peringkat kumpulan iaitu : Kumpulan 1 : Sekolah Menengah (1hb Julai – 30hb Ogos 2019)
- Murid Tingkatan 3 (40 orang)
- Murid Tingkatan 5 (40 orang)
- Murid Tahun 6
LANGKAH 1
Log masuk sistem DCS dengan pergi ke URL berikut : dcs.moe.edu.my. Masukan KODSEKOLAH sebagai ID dan Kata Laluan. Contoh dibawahLANGKAH 2
Satu paparan dashboard sekolah akan keluar. Klik Teacher Management untuk mendaftar guru kelas terlibatLangkah 3
Klik dan buat ID guru terlibat mengikut kelas dan satu ID dan Password akan dijana. Salin dan berikan kepada guru terlibat untuk log masuk
Langkah 5
Selepas berjaya masuk satu paparan dashboard untuk guru dipaparkan klik pada menu Student Management untuk membuat kelas yang diperlukan mengikut jenis sekolah cikgu. Sekolah Menengah- Tingkatan 3 ialah 40 orang
- Tingkatan 5 ialah 40 orang
- Darjah 6 40 orang
Langkah 4
Selepas menggunakan ID yang dijana cikgu akan diminta memasukan no IC sebagai ID dan 4 digit terakhir no IC sebagai kata laluan
Langkah 6
Cipta kelas dan isikan kelas tersebut dengan nama pelajar yang terlibat. Cikgu boleh gunakan butang manual untuk cipta pelajar atau memuat naik fail CSV MS Excell mengikut contoh format yang disediakan.Langkah 7
Pelajar akan menggunakan no IC atau MyKid sebagai ID dan 4 digit terakhir sebagai kata laluan dan menjawab permainan DCS sehingga habis 20 peringkat. Sijil akan dijana secara automatik dan mohon cikgu muat-turun sijil-sijil yang diperolehi sebagai rekod pelajar terlibat.
please open student management and progress…..need to register student in their class
Guna CSV files MS Excell
Sijil DSC peringkat apa ye tn admin
Tahun lepas kebangsaan tapi tahun ini hanya peringkat sekolah sahaja selepas dimaklumkan oleh unit koku KPM
saya gunekan sample csv files yang diberi. Kemudian sy isi nama semua. bila import sya tak berjaya.. Boleh sy tau kenapa
Kenapa sampai soalan no 12 selalu sistem tergendala (hanged)? Perlu buat semula
Boleh bagi kod sekolah untuk kami check ?
saya tersilap daftar murid dalam satu kelas….bagaimanakah caranya saya nak delete semula murid yang telah saya daftar dan saya nak daftar murid lain dalam kelas itu….mohon bantuan….
Jika murid belum mula menjawab lagi cikgu bebas padam id pelajar melalui menu class management
Saya cuba utk log in.. Tapi kenapa tk boleh log in
Please update ur system. Unless dont waste our time by waiting so long for register and play it.
early stage we have difficulties now the problems was already fixed. Please try again.
MACAM MANA NAK AMBIL SIJIL JIKA TIDAK SEMPAT SAVE DAEI AKAUN MURID
log masuk balik guna id pelajar dan menu download akan muncul semula.
Admin, murid boleh jawab kuiz ini pada bila-bila masakah? Tiada waktu tertentu ‘kan?
ya bila2 masa sahaja
DCS ni dapat penglibatan tahap apa ye untuk pajsk
Tahun lepas kebangsaan tapi Unit Koku KPM maklumkan dan buat pindaan hanya peringkat sekolah sahaja cikgu.
Salam Admin,, murid tak boleh log in menggunakan no ic dan 4 digit terakhir sebagai password – username dan password salah
Cikgu kena masukan maklumat murid dalam class management dahulu sebelum benarkan pelajar log masuk menjawab
Assalam..sijil tahun ni dikira peringkat apa? sijil tahun lepas tertulis peringkat kebangsaan..
Peringkat sekolah sahaja tapi tempat no 3,2 dan 1 sila rujuk sijil
SALAM Encik…Ada tak apa2 info or ikon akan keluar jika 40 orang murid selesai menjawab 20 soalan DCS….Sila pastikan sekolah SJKT PUSAT TELOK DATOK BBD1063 dapat sempurnakan 20 soalan DCS berkenaan…terima kasih.
Done .. semua dah 100%