Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Selangor akan melaksanakan Anugerah Pembestarian Sekolah 2019 (APS 2019) Peringkat Negeri 2019. APS 2019 memberi peluang kepada sekolah, guru dan murid untuk mendapat pengiktirafan atas kecemerlangan dan kejayaan dalam pelaksanaan aktiviti Pembestarian Sekolah, selari dengan Anjakan 7 iaitu Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi output kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).
BTPN merupakan urusetia pertandingan Anugerah Pembestarian Sekolah diperingkat negeri. Sebarang pertanyaan berkaitan APS 2019 ini boleh diajukan kepada Encik Sahrun Nizam bin Munjir ditalian 03-5548 4477
Berikut adalah senarai anugerah yang dipertandingkan dan akan dinilai pada tahun ini.
- Pengurusan Makmal Komputer Sekolah Cemerlang SM
- Pengurusan Makmal Komputer Sekolah Cemerlang SR
- Ikon Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT
- Ikon Guru Teknologi Pendidikan
- Pemimpin TMK Cemerlang
- Portal Sekolah Cemerlang
- Pusat Akses Cemerlang SM
- Pusat Akses Cemerlang SR
- Pengurusan PSS Cemerlang SM
- Pengurusan PSS Cemerlang SR
- Pengurusan PSS Cemerlang SKM
- Ikon GPM
- Amalan Cemerlang Penggunaan Frog VLE Murid SM
- Amalan Cemerlang Penggunaan Frog VLE Murid SR
- Amalan Cemerlang Penggunaan Frog VLE Guru SM
- Amalan Cemerlang Penggunaan Frog VLE Guru SR
- Klip Video CyberSAFE in School Cemerlang SM
- Klip Video CAKNA Cemerlang SM
- Penggunaan Frog VLE (VSAT) Cemerlang
- Penggunaan Frog VLE (ADSL) Cemerlang
- Penggunaan Frog VLE (OCPE) Cemerlang
- Penggunaan Frog VLE (ZOOM) Cemerlang
- Penggunaan Frog VLE (FTTS) Cemerlang
- Pencapaian SSQS Terbaik SM
- Pencapaian SSQS Terbaik SR
- Digital Story Telling Animation Terbaik SM
- Digital Story Telling Animation Terbaik SR
- PKG Terbaik Penggunaan Frog VLE
- PPD Terbaik Penggunaan Frog VLE
- PKG Pengurusan Terbaik
- JKPA PKG Terbaik
- Anugerah Khas Pembestarian PPD Terbaik
- Anugerah Khas Pembestarian PKG Terbaik
Pencalonan adalah melalui pencalonan PPD daerah masing-masing.
Ada sesetengah anugerah tak perlu pencalonan memandangkan pihak urusetia boleh membuat penilaian berdasarkan maklumat yang telah kami terima melalui data KPM dan penglibatan sedia ada pada tahun ini.
Recent Comments