Masih ingat program Hour of Code pada tahun lepas ? Kini program Hour of Code diteruskan lagi dengan kerjasama pihak Digital Tech@School, MDeC dan KPM untuk semua sekolah selama 1 jam yang akan bermula pada 16 Julai hingga 3 Ogos 2018.
Kempen ini merupakan salah satu komponen strategik di bawah #mydigital maker movement iaitu inisiatif nasional yang bertujuan untuk mentransformasikan generasi muda khususnya murid sekolah daripada hanya menjadi pengguna teknologi kepada pencipta teknologi.
Program ini terbuka kepada semua sekolah di bawah KPM dan pelajar yang terlibat akan mendapat sijil penyertaan daripada code.org dan akan dikira sebagai sumbangan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Korikulum (PAJSK) pada peringkat sekolah di bawah komponen korikulum seperti yang telah ditetapkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK).
Sebelum mula daftarkan sekolah cikgu di sini untuk mengesahkan penyertaan sekolah cikgu.
Recent Comments