Kami menjemput sekali lagi semua sekolah negeri Selangor ke satu lagi pertandingan iaitu Pertandingan Video Pendek Utusan Melayu.

Penyertaan ini adalah terbuka kepada pelajar di semua jenis sekolah menengah bantuan kerajaan atau swasta di seluruh negara, tanpa mengira bangsa dan etnik. Penyertaan pelbagai kaum sebagai sekawanan produksi adalah satu kelebihan. Video Pendek bertemakan muhibah kepada murid sekolah menengah seluruh negara sepanjang tahun 2018

Perasmian pelancaran pertandingan ini telah diadakan pada 28 November 2017 di Dewan Utusan, Utusan Melayu Malaysia Berhad Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia telah diwakili oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan.

Objektif Program adalah untuk :

  1. Memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran murid dalam penghasilan video;
  2. Mencungkil bakat murid dalam pembinaan dan penghasilan video;
  3. Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan murid melalui pertandingan yang merangsang minda kritis dan kreatif; dan
  4. Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid.

Keberhasilan :

  1. Pembudayaan penggunaan teknologi / ICT dalam PdP dalam kalangan murid menerusi penghasilan video
  2. Menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan berkaitan Pembestarian Sekolah yang menyokong pelaksanaan PPPM 2013 – 2025, terutamanya yang berhubung dengan Anjakan 7, iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran.

Syarat lain boleh rujuk di laman web pertandingan tapi ini adalah syarat asas video yang hendak dihasilkan.

  1. Tema : Muhibah
  2. Kategori : Terbuka kepada semua sekolah menengah di Malaysia
  3. Hadiah : RM 1000.00 x 4 orang pemenang setiap bulan
  4. Durasi Video : 2 minit (Sinopsis tidak melebihi 100 patah perkataan tentang pengkisahan atau jalan cerita video)

Layari laman web Muhibah di http://www.muhibah.myuntuk syarat dan peraturan pertandingan.

Contoh video :

Tanya kami di WhatsApp
1

Pin It on Pinterest

Shares
Share This