Mohon maklum bahawa berkaitan telefon Yes Altitude yang rosak sebelum ini diserahkan ke PKG untuk dibaiki untuk diambil kembali dan cikgu simpan sehingga dimaklumkan kelak oleh pihak YES.
Cikgu berpindah, bersara atau meninggal telefon YES Altitude perlu diserahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Untuk telefon hilang kos gantian sekali dengan simcard adalah RM 399.00.
Harap maklum
Speaker telefone bimbit Yes tidak berfungsi
Cikgu simpan dahulu sampai pihak Yes dapat kata putus bagaimana mereka akan kutip Phone di sekolah nanti
hai yes phone saya hilang petang hari ni, macam mane nak dapatkan baharu, fast reply
Buka tiket melalui cikgu admin VLE dan ambil no tiket tu ke kedai YES untuk dapatkan set baru
Maksudnya cikgu vle di sekolah ke?
mcm mana nak dapatkan tiket,isi borang hantar pada pkg ppd msg2 ke
Isi melalui cikgu admin VLE sekolah masing-masing.
Assalamualaikum admin..nak tanya kalau cikgu tu bertukar sek dlm negeri y sama tapi daerah y lain..adakah phone yes dia di kembalikan di sekolah y sebelum ni?
Negeri yang sama tak perlu pulang .. bawa jer
Kalau buttom on rosak?
Sama juga buka tiket yes dulu .. kalau betul masalah dan masih dalam waranty mungkin gantian percuma.
Hello admin, macamana nak reset atau reboot semula telefon yes skiranya terlupa password
Power off dan masa on tekan volume up dan power serentak dan selepas itu boleh lah reset semula
handphone kena softbricked
Sama jer dengan rosak .. lapor ke [email protected] dan cikgu simpan di sekolah. Pihak YES akan maklumkan bila mereka akan datang nanti
Handphone lcd screen retak
Lapor ke helpdesk
Help desk tu Kat Mana
nak tnya ni//… lcd handphone yes sya tu rosak sbb jatuh.. mcm mna eh nak baiki? nak hntar
Sama juga .. buka report ke helpdesk melalui cikgu admin VLE dan follow arahan daripada helpdesk.
helpdesk tu di laman afmin vle ke?
Boleh akses melalui 1BNSelfcare atau emel ke [email protected]
Guru2 yg berpindah & bersara boleh pulang kepada JPN mulai bila?
Serta merta
plan data untuk guru kan 2gb setiap bulan… kalau ditambah lagi dgn duit sendiri, apakah proses pembagian 2gb setiap bulan ini akan terbatal?
Cikgu boleh tambah addon data tersebut dan proses ini tidak dikira dalam data 2GB yang KPM peruntukan.
Dari awal dapat phone mmg xde simcard yes.. Apa perlu saya buat? telah maklum pd PPD
Ok hantar kes nie ke [email protected] dan mereka akan hantar sim card
Salam… simkad tel yes saya hilang, baru perasan takde dlm hp…tak dpt kesan mungkin anak2 ada main…macamana ya? Terima kasih.
Ok buka tiket melalui admin … ambil no tiket tu dan laporan pergi kedai YES dapatkan sim gantian.
Salam..buka tiket tu melalui admin di sekolah ke?
Ya
salam. bgaimana Kaedah buka Tiket dan brapa kos kena bayar utk gantian. Sya pun hilang simkad.
tak perlu report hilang bagi kes simcard sebab kontrak YTL dah tamat
guru yang tak dapat dah boleh mohon ke? SOP baru dah keluar kan..
Kenapa tak dapat? Cikgu baru ker?
ye cikgu baru
mana saya nak dapatkan borang pemulangan fon yes dan permohonanan guru baru…di muat turun saya tengaok hanya list guru dikeluarkan..borang lain x ada…
https://www.btpnsel.edu.my/wp-content/files/BORANG_RMA_Device_Rosak_Ke_PKG.pdf.pdf
guru (masih lagi dalam service) mahu pulangkan atau menolak untuk menggunakan phone yes…adakah perlu pihak sekolah simpan phone atau guru tersebut hantar sendiri phone tersebut ke jpn sel….
Mohon bincang dengan pihak pentadbir sekolah. Setakat ini semua wajib menerima dan menggunakan untuk tujuan P&P
jika simkad yes guru rosak macam mana ya?
Tukar secara percuma di Yes Store di seluruh Malaysia .. sebelum itu mohon cikgu dapatkan no tiket aduan sebelum menukarnya di wakil YES
Macamana dapat no ticket aduan?
Emel ke [email protected] dan nyatakan masalah, nama dan no telefon untuk dihubungi semula.
Pihak Yes akan berikan no tiket aduan cikgu. Harap membantu cikgu
Handfone saya pecah screen mcm mana nak baiki?sy di Smk bandar seri putra kajang selangor
Pecah akibat jatuh ? Cikgu boleh baiki dengan kos sendiri .. kalau tak .. report ke YES dan mereka akan ambil di sekolah nanti
Kat kedai mana yg Ada..saya dh pergi beberapa cawangan Tak Ada spare Park brg yes ..kenapa ys centre xnak baiki?padahal says tangung kos sendiri
Kalau sim dia hilang macam Mana ?
Buat laporan ke admin vle buka tiket dan bawa no tiket tu ke kedai yes dapatkan sim gantian RM10
Phone tak boleh on… phone terus turn off n on, Juz show logo YES saja …. macam mana ?
Ok cikgu report ke [email protected] dapatkan tiket dan follow arahan mereka untuk dapatkan Phone baru gantian nanti terus daripada sekolah
Sy mmpunya mqsaasalah yg sama…Hantar report melalui email kn?
Ya
Report [email protected] dan dapatkan no tiket. Pihak Yes akan bantu cikgu dapatkan gantian baru
Jika hilang phone ada sebarang denda atau tidak selain harus bayar ganti rugi ?
Kena ganti sim dan phone .. ini berdasarkan taklimat awal bukan yang pentadbir maklumkan bukan ?
betul tu saya pun camtu juga..mungkin disebabkan bateri nya..phone ni boleh digunakan sambil cas sahaja..ada ka yg jual bateri yes altitude?
Lazada ada jual .. bateri lenovo BL242 tak silap
semasa pencuri memecah masuk rumah , telefon yes hilang . laporan polis telah dibuat. apa yang perlu dilakukan seterusnya
Cikgu buat laporan polis. Emelkan salinan, No IC dan No telefon yang boleh pihak Yes hubungi cikgu semula ke [email protected]
saya nak tanya perlu ke kita hantar surat ke JPN sekiranya telefon yes hinlang kerana kes kecurian..atau terus hantar mcm admin cakapkan tu je
Follow helpdesk jer sebab tu urusan cikgu dengan mereka jer
Telefon YES saya rosak. Bila on akan off automatic dan akan on balik dan repeat the same situation. Solutionnya saya terpaksa buka bateri. Apa yang perlu saya lakukan?
Hmm macam rosak sahaja cikgu? Report ke [email protected] dan tunggu arahan mereka
bateri rosak cmna ya….
Order gantian baru di Kedai YES atau cikgu boleh cari di Lazada Bateri Lenovo BL242 yang mana lebih murah
Ya.. sama mcm hp yes saya..
Phone Yes saya tidak berfungsi. Bila on hanya papar Yes sahaja di skrin. Sebelum ni ok. Adakah kerana battery overheated (kerana sering keluar warning tersebut)? Adakah boleh saya baiki sendiri atau perlu report ke [email protected]. Terima kasih
Cuba report mungkin dapat claim waranty cikgu?
tqvm mr admin
Hp yes sy pn sama… slalu kluar overheated… skang ni bila on msti brkelip n off… pastu ulang bnda yg sama… buka bateri bru stop…
Ada warranty lg ke dr pihak yes tahun ni?
Berkaitan waranty cikgu boleh buka tiket ke pihak YES. Jika kerosakan bukan daripada kecuaian cikgu tiada masalah untuk mereka ganti
sama mcm saya. tp saya cuba tukar bateri dgn rakan yg lain. tipon terus elok on spt biasa. mungkin bateri rosak.
betul tu
hi jikalau phone yes masih ada tetapi simcard nya hilang, bagaimana hendak diganti simcard tersebut?
Cikgu buka tiket melalui helpdesk (tanya admin VLE sekolah macam mana nak laporkan) dapat no tiket pergi ke kedai YES dapatkan sim gantian pakej guru yang hilang tadi.
Sekiranya saya membayar denda rm399 kerana telefon saya hilang,adalah saya akan mendapat telefon dan simkad yang baru?
Report polis dulu untuk disertakan dalam aduan ke [email protected]. Selepas itu baru cikgu bawa no tiket ke yes store untuk set telefon dan sim baru. Maklumat lanjut cikgu boleh rujuk dalam laporan yang yes reply pada cikgu
telefon yes saya hilang, disyaki dicuri…mcmana nk trace semula? saya dengar boleh dikesan semula, betul ke? baru setengah jam yg lepas hilang
Pakai android device manager .. cikgu boleh wipe, locate dan ring telefon cikgu.
Kalau tak dapat juga buka tiket ke yes dan beli baru
bagaimana cara utk mohon HP Yes utk cikgu yang baru posting di sekolah?
Rujuk SPICT Jabatan
Telefon yes saya hilang.. dh 2 minggu x jumpa cari.. kalau nk ganti byar pada siapa ye?
Langkah pertama report ke [email protected] dan dapatkan no tiket.
Bawa ke Yes Store maklumkan kes cikgu dan mereka akan gantikan set baru dengan kos minima iaitu RM399 dan RM10 untuk simcard.
Untuk guru yang bercuti tanpa gaji dalam tempoh yang agak lama (dalam 3 ke 4 tahun) perlukah memulangkan telefon yes ke JPN?
Sepatutnya .. sebab phone untuk cikgu gunakan untuk tujuan PDP
tuan, selama ini kita menggunakan id dan password untuk setup login apps seperti Assgiment dan Snap serta MyYes. Tapi baru2 ni ada guru mengadu tidak boleh login guna id dan password. sedangkan mereka TIDAK PERNAH TUKAR PASSWORD. Bolehkah tuan bag jalan penyelesaiannya?
Log masuk sebagai VLE Admin sekolah dan reset password pengguna terjejas. Sila pastikan menggunakan password yang menepati tahap keselamatan yang baik contohnya menggabungkan aksara simbol, perkataan dan nombor
Reset melalui ID admin sekolah
Lupa password lock screen dengan akaun gmail nak buat apa?
Cikgu boleh reset .. power on dengan butang volume up atau down .. reset semua settings
Saya da reboot hp, tapi still minta password macam mana tu?
lepas master reset..still mnta gmail kn? …simple je..just bypass frp..
Assalamu’alaikum & Slm Sejahtera.. Nak tanya, kalau ‘Bateri’ tel YES rosak @ kong.. kat mana ada jual yg baru..? Kedai telefon biasa ada ke?
Cikgu boleh cari bateri Lenovo BL242 untuk gantikan bateri model asal .. cuba cari dalam lazada Check out this item I found on Lazada! LENOVO A6000 A6600 A2020 BL242 HIGH QUALITY BATTERY
http://www.lazada.com.my/lenovo-a6000-a6600-a2020-bl242-high-quality-battery-49577343.html
Yessss…saya beli bateri lenovo ja. tunggu nak proceed lambat sangat
boleh saya tahu bateri ni sesuai untuk hanphone YES tak? takut nanti tak sesuai dan hphone terbakar
OK tak ada masalah
Bilakah saya boleh dapat yes handphone?semua guru sekolah saya dapat yes handphone pada bulan Disember 2016 kecuali saya seorang tidak dapatnya.Thanks.
Cikgu hubungi pihak SPICT JPN Selangor untuk permohonan phone baru. TQ
Adakah saya perlu menghubungi spict jpn sendiri atau melalui guru ict sekolah saya?thanks.
As Alan saya perlu menghubungi SPICT JPN sendri atau melalui sekolah saya b untuk urusan permohonan baru bagi dapatkan phone baru?thanks.
Tak perlu .. buka tiket melalui 1BestariNet melalui cikgu VLE
Guru ict kata bukannya cara buka tiket until mendapatkan yes handphone baru until saya.Tuan ,apa patut saya buat terhadap hal ini?Harap tuan dapat menyelesaikan masalah saya iaitu semua rakan sekerja saya telah menerima yes handphone sejak Disember 2016,tetapi saya masih belum mendapatkan nya.ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.
Assalamualaikum & salam sejahtera… Fone yes sy tiba2 off and terus x blh on? Bile on xda kluar ape2..screen gelap… Mcm mne yer?? Lg 1 klau screen crack ada spre part ke?
Try pinjam bateri daripada phone yang ok .. screen ? Rasanya dah ada alat gantinya di kedai
Ok… Tq yer…. Nnt cuba dlu…
Sy dh cuba tukar betri… Tp fon still x ley onn… Bile msukkn betry sy kt fon yes lain… Ok… Betry pon byk lg.. Mcm mne yer… Ada waranty ke?? Blh baiki sendri ke??
OK cikgu boleh laporkan ke helpdesk dan simpan no tiket. Mereka akan hubungi cikgu untuk pembaikan
Hp yes sy rosak dan telah diserahkn smula ke pkg.. Bilakah agaknya sy akan daptkan semula hp yes sy itu / adakah sy akan diberi hp yg baru?
Kami dah arahkan pulangkan semula set telefon yes kerana pihak Yes akan ambil sendiri daripada cikgu. Jika belum rujuk ke PKG berkenaan
Hampir 3/4 Skrin Telefon yes saya jd gelap dan berbalam2…. Apa perlu saya lakukan?
Hantar report ke yes dan tunggu mereka ambil phone yang rosak di sekolah
Ade tak agen yes kat area kb , kel yg saya boleh baiki..
Telefon saya hang…x boleh buka…short circut…
saya jarang gunakan hendfon Yes.. Sebab kalau guna , kadang2 dia ada keluar notification bagitau handphone panas dan akan shut down.. tapi mulai semalam, langsung dah tak boleh on.. screen dia akan tulis “Yes” pastu gelap..Pastu akan berterusan macam tu.
Mungkin sebab bateri ? Cuba cikgu pinjam bateri daripada telefon yes yang OK ? Tips : jika cikgu jarang gunakan telefon yes mohon caj penuh dan tanggalkan bateri daripada telefon jika bercadang tidak mahu menggunakan dalam masa yang lama (tapi KPM dah bayar plan data guru .. kenapa tak guna ?)
kalau simcard yes hilang nk buat macam mana eh?
Buka tiket kat helpdesk dan bawa no tiket ke kedai yes bayar RM10
Hp yes sy hilang..sy dh puas cri n cb call tp xdpt..ape y prlu sy buat?
Buka report dapatkan no tiket dan bawa no tiket ke yes store dapatkan phone baru sekali dengan simcard dengan kos yang mereka akan maklumkan nanti
Buka report kt mana?balai polis ke?dkt mana cwngn y paling dekat area kl?
[email protected]
kalau telefon yes kita rosak atau hilang.. sementara untuk mendapatkan gantian, boleh tak sim kad yes tersebut kita on pada telefon lain?
Boleh .. tapi bukan semua phone support. Phone yang support adalah xiomi, sony XA, dan model samsung J7 2017 .. detail boleh rujuk laman web yes
Macam mana nak baiki telefon yes ni klau kita on je tiba² poweoff sendiri dan tunjuk jenama yes dan hitam berulang ulang kali?
Dah cuba tukar bateri dengan rakan cikgu yang okay ? .. macam masalah batery
Kes sama mcm HP Yes saya. Bila on hanya papar Yes sahaja di skrin. Sebelum ni ok. Bila dicaj, perkata Yes akan pop up banyak kali. Apabila dicabut bateri, boleh caj secara direct/terus dan boleh on dan digunakan. Pernah try tukar bateri sebagaimana disarankan, tetapi masalah yang sama akan timbul kembali.
Pelik juga tu .. ok kami akan cuba dapatkan info berkaitan masalah screen retak dan bateri
phone yg bateri rosak bau hangit sikit..macam terbakar gitu..Tp yang tak rosakpun bau itu juga, cuma tak kuat sangat. Berjenis2 phone saya guna, belum pernah bateri cepat blow dan ada bau hangit terbakar macam ni. Lepas guna bateri lenovo, tak da bau macam tu pula. Kena ajukan pada YTL nih sebab isu keselamatan juga nih, kot meletup masa tenngah charge naya. Lagipun kpm bayar mahal kan…tu dengan menara lagi tu
Hp yes sy screen retak n tya byk kedai diorg kata xder spare part..mcm mana ya
yes store apa kata mereka ?
Salaam
Kenapa data broadband selalu hilang(merah) walaupun tidak pakai.
Bagaimana cara nak elak kn kalau data curi.
Sekian
data cikgu kemungkinan digunakan oleh pihak tidak berkenaan .. untuk elakan minta admin vle sekolah reset kata laluan
Phone yes saya on dan off dengan memaparkan logo yes berkali-kali. Bagaimana nak atasi masalah ini? Benarkah sebab bateri rosak?
Cikgu boleh pinjam bateri kawan cikgu dulu test tengok .. jika ok betulah masalah bateri
Saya punya pon jadi macam nii.. boleh guna semasa charge sahaja. Cabut charger terus jadi balik.
Masalah bateri tu
Fon isteri pun kes yg sama, screen retak dan fon off dan on terus. Xde apa2 feedback dr gomen? Dah byk sgt kes yg sama ye?
smartphone nie sebenarnya bukan kerajaan punya cikgu.
ramai salah faham .. KPM hanya beli plan data, phone tu YTL yang beri sebagai kemudahan pinjaman untuk cikgu guna. Sebab tu tak dimasukan sebagai harta kerajaan sebab KPM beli service plan data 2 GB untuk setiap orang guru.
Harap maklum.
Baik. Ada warranty ke utk phone ni? Warranty utk bateri.ke
kalau motherboard atau firmware (contoh tak boleh on) layak dapat pergantian percuma daripada mereka YTL .. buka tiket helpdesk (cikgu vle boleh bantu)
Saya ada dengar bile kerajaan dah ditukar ertinya fon yes ni tak perlu dipulangkan semula..betul ke? Dan kalau dipulang kan apa yang mereka nak buat dengan fon ni? Lagi satu, ada denda dikenakan ke sekiranya fon tidak 100% digunakan utk pdp?
Kontrak masih ada .. cikgu pakailah untuk P&P jika KPM maklumkan kena pulang kami akan maklumkan. Buat masa ini belum ada apa-apa berita
Kalau cermin retak tukar di kedai,yes ni tidak akan di reset ke?
Tak kecuali tukar motherboard
Saya dpt yes semasa membeli Kereta di proton..jika simcard yes hilang blh dapatkn kembali tak
boleh rasanya .. maklumkan no ic ke kedai yes sebab cikgu kalau hilang simcard proses yang sama juga RM10 akan dicaj untuk sim baru
handphone yes saya terjatuh dan pecah..macamana caranya untuk mendapatkan handphone yes yang baru dan saya sedia menanggung kos.kotak yes masih elok dalam simpanan.
Pergi ke kedai Yes dan maklumkan cikgu perlukan set gantian baru. Sebelum itu mohon dapatkan no tiket aduan melalui Guru VLE sekolah cikgu
If the phone keep on restarting at the logo page, and if you plug in charger it can recover then most likely the battery problem. Just found a replacement battery and it get resolved.
Telefon saya terjatuh dalam kolam, memang tidak dapat ambil, bagaimanakah saya hendak dapatkan yang baru?
alamak ? Boleh buka tiket di helpdesk (minta bantuan guru VLE) dan bawa no tiket ke kedai YES dapatkan phone baru dengan kos
Kalau nk baiki tu kene bayar ke??
Assalamualaikum
Macam mna kalau hp yes hilang atau suspek dicuri
Report polis .. dan kepilkan laporan semasa buka tiket aduan ke yes support.
Bateri telefon YES dah kong…kos utk tukar bateri br ditanggung oleh cikgu ke?…bole claim ke?…sekadar bertanya…terima kasih…
Wslam .. cikgu buka tiket aduan ke pihak yes melalui admin sekolah dulu boleh ?
Assalamualaikum. Hp Yes sy diseluk dari poket handbag sy di KLIA. Apa yg perlu sy lakukan?Perlu buat report Polis?@ maklumkan pd pentadbir n pentadbir maklumkan pd PPD ke?
Report polis kata handphone hilang, dan buka laporan melalui 1bestarinet melalui cikgu VLE. Selepas itu cikgu boleh dapatkan simcard baru, phone baru di Kedai Yes berhampiran dengan no tiket tadi. (dengan kos akan dinyatakan oleh pihak Yes)
hp yes saya screen crack so saya boleh claim x ataupon kena repair sendiri ?
Crack sebab kecuaian atau jatuh memang tak dapat claim waranty cikgu
kenapa handphone yes takleh on dan hanya memaparkan logo yes sahaja adakah sebab bateri overheated?
Cuba pinjam bateri rakan yang okay ? Kalau boleh on mungkin bateri cikgu bermasalah
Handphone dicuri mcmna ye? Perlu diganti ke?
Ada dua .. ganti phone atau ganti sim dan gunakan pada phone yang support simcard yes macam xiomi, Samsung.
Phone tu tetap kena ganti kalau cikgu pindah sekolah,pencen atau syarikat minta serahkan balik nanti.
Tumpang Tanya kalau murid yang jatuhkan tu kira kecuaian guru ke?
Tafsiran kecuaian bagaimana tu ?
Kecuaian tidak menjaga telefon dengan baik.. sedangkan murid yg jatuhkan telefon guru?
Tu namanya kemalangan bukan cuai.
yes altitude saya boot loop..tak boleh nak buat apa langsung. apa saya perlu buat?
Cuba pinjam bateri daripada phone yang okay ? Macam masalah bateri
Assalamualaikum… Jika telefon yes hilang adakah wajib ganti atau sebaliknya…walaupun tidak memerlukannya lagi.
Wajib ganti dengan sim.
Handfon yes sy x boleh on..bila tekan on.. keluar “yes” pastu restart balik.berulang kali..apa mslh?
Bateri .. tukar ke bateri kawan yang masih ok dan cuba semula ? Kalau ok maksudnya bateri cikgu dah rosak
Hset saya kerap auto shut down. Saya sudah pun menggantikan bacteria Yang baru dibeli Di Lazada. Tp bula sy on hset dlm 30minit, hset menjadi panas. Apa y perlu sy buat ye?
Cuba cikgu reset phone cikgu dan pastikan signal bar penuh. Panas adalah normal jika signal rendah kerana phone cikgu terpaksa menggunakan bateri yang lebih kuat untuk dapatkan service yang lebih kuat dan stabil.
Sampai sekarang tak dapat hp ni, pindah sek jan 2016 ( Hulu Langat ke Klang), kat sek lama tak da, sek baru pun takda..katanya nama tercicir
Yer ker ? Minta cikgu YES bukakan tiket aduan maklumkan.
sim kad saya tak dapat internet? adakan plan telah ditamatkan?
Boleh cikgu check dalam apps yes profile cikgu dah habis guna data atau belum ?
dah cx. data full lagi 4gb (2gb 4g lte + yes 4g broadband). data used: 0gb. dari bulan jan lg tak dapat guna. bulan dec 17 masih boleh guna lagi.
Pelik tu .. cikgu pakai dual sim ker ? Kalau phone dual sim .. yes sim kena set 4G sahaja.
Kalau tak boleh juga kena report ke helpdesk yes melalui cikgu yes untuk tukar sim baru
ya. memang tak boleh juga. selama ini memang guna dual sim. sim yes memang dalam slot 1 dan set 4g. macam mana nak report tu?
Emel ke [email protected] maklumkan no tel yes, no ic dan kod sekolah
hp saya kluar logo yes then gelap then keluar lagi logo yes berulang kali. waktu charge pun masih berlaku lagi. adakah ini masalah bateri?
macamne klu screen fon retak akibat jatuh.
Kalau bertukar sekah samaada di dalam atau kuar daerah,adakah perlu serahkan semula ke sekolah lama?
Ya cikgu
tukar sekolah dalam atau kuar daerah serah tel yes ke sekolah lama? taklimat awal mengatakan bawa bersama kecualai bersara…mohon pencerahan
Kalau sekolah baru tu ada perkhidmatan yes 4G dan dapat phone yang sama bawa jer ke tempat baru cikgu.
Ooo kalo pindah antara negeri n tmpat baru ada perkhidmat yes… tak perlu pulamgkan? Mcm tu ker?
Buka tiket ke pihak yes melalui cikgu admin YES. Jika diluluskan cikgu boleh bawa telefon tu ke sekolah baru.
Macamana cara fix recovery stuck logo yes??
Hard reset .. restart dengan volume key dan power serentak.
https://www.howtogeek.com/130611/how-to-factory-reset-your-android-phone-or-tablet-when-it-wont-boot/
Hi..nak tanya..kenapa fon saya nak kena charger je spnjang masa baru boleh on..kalau x charger fon akan mati then logo hitam tu je ya
Macam masalah bateri. Cuba tukar bateri atau pinjam bateri dengan rakan cikgu yang masih ok.
Kalau tak memang nak kena cari bateri baru.
Ni nak tanya say dah tukar bateri Yes ke bateri Lenovo tapi same juga masalah nya bateri cepat habis:-( ape masalah nya pening kepala fikir:-(
Satu jer masalahnya.. handphone yes nie dia limit ke 4G sahaja tak macam provider lain yang ada spektrum 2G, 3G, 4G dan LTE.
Bila cikgu dalam kawasan kurang liputan handphone nie terpaksa berkerja keras untuk mencari signal 4G sebab tu jer band yang dia ada. Sebab tu handphone nie cepat habiskan bateri bila signal rendah.
Pastikan bar signal tu penuh
Hi, Kalau Phone Charger sudah hilang, macam mana nak pulang?
Ganti jer yang sama taraf .. yang penting phone dan simcard masih ada
Kalau ganti charger yang brand lain boleh tak?
Ok jer
NAk Tanya kalau phone masuk dalam air dan phone boleh buka tapi screen tak respond ,Nak buat apa ?
Sekiranya sebab kecuaian sendiri memang kena ganti. Report ke helpdesk dengan bantuan guru admin vle dan mereka akan maklumkan kos ganti phone baru.
Macam rosak .. report ke helpdesk melalui cikgu admin vle dan dalam kes nie simcard tu cikgu boleh masukan dalam phone yang support simcard yes macam kat website dia httpa://www.yes.my/supported-devices
Admin nak tanya sikit. Data untuk cikgu, broadband dah xda ke.? Tq
Masih ada tapi ada sekolah dah minta offkan sebab kes kena curi
betul ke kenyataan admin bahawa kalau cikgu berpindah, kena pulangkan kepada JPN?
logiknya kalau cikgut tu bersara maka barulah pulangkan…
kalau cikgu tu berpindah, takkan dia kena pulangkan juga kepada JPN? nanti dia tak dapatlah nak pakai telefon yes tu di tempat baru….
Ya kena pulangkan. Sebab bukan semua tempat baru ada liputan YES 4G. Kalau ada cikgu akan dapat semula daripada JPN negeri yang cikgu pindah
Nk tnya.. Kalau anak kkak sy pecahkan fon tu then sy nk buat apa?? Boleh repair kt mana2 kedai fon ke?? Atau nk buat report juga ke atau mcmna? Or tanggung sendiri atas kecuaian?
Buka tiket melalui admin yes di sekolah serta follow arahan yang diberikan
admin…saya nak tanya…saya brhenti kerja jadi ckgu kerana saya dpt kerja di Dewan Bahasa. jadi surat berhenti kerja sudah diluluskan.. hp yes kena pulangkan atau simpan?kalau nk pulang…kepada siapa dan mcm mana caranya? kalau tak pulangkan apa kesannya? dan boleh tak kalau kwn kita tlong pulangkan jika kita ada di luar kawasan
Serah pada pentadbir dan minta sekolah buka tiket ke helpdesk yes melalui cikgu VLE dan kepilkan maklumat berkaitan.
Itu sahaja
Kena pulangkan. Kesan dia pembaziran lah dan sepatutnya admin sekolah telah maklum
admin…nak tanya…..saya dah lama x on..jd mcm mana saya nak tahu no hp yang saya dapat ni ye..
Buka yes apps yang ada dalam phone cikgu .. rasanya ada maklumat no telefon cikgu
Assalamualaikum admin..saya guna fon yes lama dah tapi baru² ni ja fon sya x boleh on. Bila nk on ja kluar lambang tulisan yes tu byk kali..jd berkelip. Boleh sya tau kerosakan fon sya tu? Fon yes sya ni bukan yg JPN punya..sya beli sndri.
Cikgu buka tiket melalui admin VLE dan follow arahan daripada mereka
Rasanya macam firmware .. boleh hantar ke kedai yes semula
Telefon saya pon jadi mcm ni jugak. Tukar bateri yes yg lain pon sama jugak.
Cikgu buka tiket melalui admin VLE dan follow arahan daripada mereka
Hp yes Saya mula2 on dia akan off sendiri dan skrg langsung x blh on.. adakah Saya ptut hantar kek kedai utk baiki atau report kpd yes?
Cikgu buka tiket melalui admin VLE dan follow arahan daripada mereka
Admin kalau Sim hilang Ada denda?
Rasanya ya .. cuma dia nak tiket aduan dan denda dalam RM10 jer
Admin ..mcm mne nk kesan hp slh letak/hilang..sbb dah lama cari tp x jumpa..& sekiranya hilang,apa yg perlu dibuat …adakah kena ganti?
kalau telefon hilang (salah sendiri) mcm mana nak dptkan yg baru?
Report ke helpdesk dan follow arahan mereka
Bolehkah guna simcard yes dekat telefon lain selain Altitude?
Boleh .. rujuk website yes untuk sokongan telefon lain.
Admin ada tak cara nak cari hp yes yg dah off/ baterinya dah habis. Sy tak tau hp yes tu sy letak kat mana. Tp rasanya tak hilang masih dlm rumah cuma lupa letak kat mana..
Dah jumpa 😀😀😀
hp saya rosak masa mula2 dpt dan saya serahkan semua tapi sampai sekarang masih tak dapat ganti..apa yanh perlu saya lakukan utk dptkan semula hp saya? utk makluman dari awal2 hp dah rosak…x merasa guna data plan yes…
Dah report ke helpdesk ?
Kalau HP yes da reboot tapi bile on semula ,still minta password mcm mn? Sebab saya lupa password hp yes
Bawa ke kedai Yes Store berhampiran untuk reset kerana kemaskini terkini akan menyebabkan phone akan dikunci.
Admin kenapa telefon yes dah tak boleh guna ye ? Anak say yg guna yes pun sama
Itu kena rujuk pihak YES. Adakah tiada signal atau data ?
Hi, touch screen handphone telah pecah, di manakah saya repair? Saya tak dapat cari orang untuk repair dekat mana-mana kaunter luar. Terima kasih.
hp sy dah rosak. boleh atau ada tak jnis hp yg boleh or sesuai dgn simcard yes ni ye ?
cikgu boleh rujuk sini
Hp yes saya rosak pada bahagian button on off dan volume up/down
Jadi macam mana ye
Hello nak tanya,selepas sye tercabut sim card masa nk cabut batteri,sim card saye tk dapat digunakan apabila sye guna internet,data tuh ia guna cuma nak guna website mcm ia xnk pergi.Kenapa ye?
Contact helpdesk 1Bestarinet report melalui cikgu admin VLE. Lepas dapat no tiket dan bawa no tiket ke kedai YES untuk ganti sim baru RM10 tak silap kami
selamat sejahtera, skrin hdfon yes saya pecah, boleh saya tahu skrin model apa yang sesuai sebagai gantian kepada skrin asal? banyak kedai saya pergi semua kata tiada skrin untul hdfon yes ini.
Kami tak pasti .. boleh hantar ke yes store untuk gantian (bukan percuma)
Hp ni asik reebot je
Masalah bateri
Phone saya restart dengan sendiri kat mana nak buat aduan
Report melalui admin vle sekolah untuk dapatkan tiket aduan
Boleh tak saya beli terus hp yes ni?
Telefon tu hak syarikat kalau nak beli baru pakai sendiri tiada masalah di kedai yes store seluruh Malaysia.
selamat pagi admin. maaf ganggu. tumpang tanya. hset yes sy sekejap hidup sekejap mati. padahal dah charge lama. kalau sy nak repair pakai duit sendiri, nak repair kat ner ye?.
Masalah bateri .. tukar bateri asal melalui kedai yes atau order di lazada sebagai contoh. Pastikan no serial bateri dan model adalah sama
Salam..Phone yes saya retak Sbb jatuh…lepas tu phone yes saya tidak sampai 1 jam saya pakai bateri dah habis sedangkan saya guna masa battery tgh 100‰
Mungkin ada masalah dengan komponen dalaman selepas jatuh, cikgu buka tiket dan hantar ke kedai Yes untuk pembaikan atau set baru (mungkin ada kos terlibat)
Masa saya bersara, saya perlu pulangkan telephone yes bersama sim card ke?Nak pulang ke sekolah ke kena hantar sendiri ke JPN?
Pulang ke sekolah sahaja
Boleh tak tukar no sim JPN beri kepada telco lain? Menjadikan number ni no biasa.
Boleh .. tapi sim KPM bayar bulan2 kena pakai juga untuk PDP
selamat sejahtera Admin.. telefon yes saya tak boleh buka..hanya ‘ALTITUTE’ sahaja dipaparkan. Bagaimana nak selesaikan ya?…jika baiki di kedai, berapa kos nya? terima kasih
Buka tiket maklumkan ke guru admin VLE dahulu .. kalau ada waranty percuma sahaja
Butang untuk on/off dah rosak… Sapa ada masalah cam saya… Berapa kos nak betulkn…
Phone yes saya masuk air berapa repair ?
Buka tiket dulu cikgu .. lepas tu bawa ke kedai YES nanti mereka maklumkan kos berapa
Charger phone saya hilang. Kat mana saya dapat beli untuk ganti?
Beli biasa jer kedai aksesori telefon boleh guna
Hp yes bila buk keluar yes altitude sahaja.. Then dia auto off..kenapa ya.. Mohom bantuan
Masalah bateri dia cikgu .. beli baru di kedai yes
Bateri saya baru beli sahaja.. Tetap jadi juga masalah tu.. Kenapa ya..
OK buka tiket ke yes untuk dapatkan tiket dan kemungkinan cikgu dapat claim waranty daripada pihak mereka
Boleh saya tahu, macam mana prosuder untuk hp yes ni ye?
1) Cikgu yang dah pencen.
2) Hp yes yang rosak x boleh on. Dah tukar bateri.
3) Cara untuk mohon hp yes baru bagi cikgu yang baru posting. Yes id dah create untuk cikgu baru.
Terima kasih.. 🙂
Jawapan :
simkad saya hilang. bolehkah saya dapat terus dikedai Yes.
Boleh tapi dia nak no tiket aduan dulu untuk dapatkan pakej guru. Rujuk cikgu admin VLE untuk dapatkan no tiket aduan sim cikgu terlebih dahulu
betul ke telefon yes akan dipulangkan semula ke kementerian bulan ni?
Belum ada apa-apa memo lagi.
Baru lcd crack. Kalau nak dipulangkan saya tak nak repair.
Sekiranya HP YES hilang, adakah saya mesti beli yg baru di kedai YES utk ganti balik atau mana2 je asalkan HP yang boleh support yes simcard?
Pakai sahaja phone biasa yang support simcard YES buat masa ini.
Lcd crack..macam mana ganti? Tiada spare parts di luar
Buka tiket dan dapatkan status daripada vendor iaitu YES. Kalau teruk sangat kerosakan tu cikgu boleh pindahkan sim ke telefon lain yang support
Cermin lcd telefon YES dalam jagaan saya telah pecah. Adakah terdapat kedai penyelenggaraan yang boleh saya hantar untuk diperbaiki sekiranya cermin lcd boleh di ganti ? Saya telah cuba mencari gantian lcd hp di Lazada, tetapi telah kehabisan stok. Perlukah saya membeli sebuah hp yang baru bagi menggantikan yang lama ? Mohon penjelasan untuk saya memahami situasi ini. Terima kasih.
Pindah sim ke telefon lain yang support simcard YES. Buka tiket dan tunggu status tiket daripada pihak YES
salam. mcm mna kalau telefon yes hilang? perlu buat laporan polis ka? brp dikenakan denda ?
Buka tiket melalui cikgu admin VLE di sekolah dan ikut arahan daripada pihak YES
Betul ke telefon yes perlu dipulangkan semuanya…k
Tunggu taklimat daripada KPM
Saya salute kat admin..dr tahun 2017 smpi 2019 tetap istiqomah menjawab soalan2..bahkan soalan yg sama berulang2 yg menunjukkan ramai yg malas scroll dan membaca.
Tak apa .. dia nak ekslusif pada kegusaran soalan dia dijawab .. dah jelas bukan ?
Telefon reformat…..lepas itu minta corporate activate code….macam mana nak dapatkan itu
Hubungi YES
lupa pattern..cemana nak buka ye
saya terlupa pattern hp yes..mohon bantuan
reset