Tuan / Puan,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan lampiran surat daripada pihak YTL Communications Sdn. Bhd. (YTLC), Ruj: OLFA0007/17.
2. Sukacita dimaklumkan, pihak YTLC akan menganjurkan pertandingan FrogPlay Championship 2017 yang akan bermula pada 11 Jun hingga 11 Ogos 2017. Maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman sesawang rasmi di www.frogplay.my.
3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan/ puan dapat memanjangkan makluman ini kepada pihak/ agensi/ institusi/ sekolah di bawah seliaan tuan/ puan. Dipanjangkan juga sesalinan surat yang telah diedarkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri melalui faksimili.
Recent Comments