Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor akan melaksanakan edaran dan agihan Netbook 1Malaysia bagi tahun 2017 dengan konsep pinjaman. Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi tatacara agihan tersebut akan dimaklumkan semasa sesi taklimat. Program akan diadakan seperti ketetapan berikut:
- Tarikh : 02 Mac 2017 (Khamis)
- Masa : 8.30 pagi
- Tempat : Bilik Merpati, BTPN Selangor.
- Kehadiran : Wajib
Bersama ini dilampirkan senarai sekolah dan bilangan yang akan menerima pinjaman Netbook 1Malaysia. Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut berkaitan perkara tersebut, sila hubungi En Munir Bin Mat Yaub, Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor di talian 03-55484477.
Sekian, terima kasih
“29.05.2012 Jornada de jóvenes y adultos mayores en Lugano” by ANSESGOB is licensed under CC BY-SA
borang utk rekod di mana nak dapat
Download di https://www.btpnsel.edu.my/2017/03/borang-agihan-pinjaman-netbook-1malaysia/
Salam sejahtera. borang rekod download di mana.. tidak jumpa^^
Download di https://www.btpnsel.edu.my/2017/03/borang-agihan-pinjaman-netbook-1malaysia/
tak boleh pun p ke website tu
Sorry.. Dah dibetulkan https://www.btpnsel.edu.my/2017/03/borang-agihan-pinjaman-netbook-1malaysia/