Ya sekolah dah nak buka dalam dua tiga hari lagi bukan ? Mungkin cikgu dah dapat smartphone altitude daripada pihak YES. Tapi bagaimana hendak gunakan Teacher Data Plan Package dalam smartphone YES 4G LTE ke komputer riba cikgu ? Takkan nak renung screen kecil telefon tu bukan ? Kelabu biji mata tu nanti.
Kami kongsikan bagaimana cikgu boleh dapat manfaat daripada fungsi smartphone YES untuk dijadikan hotspot nanti. Ikuti langkah dibawah untuk memudahkan kerja cikgu-cikgu di sekolah nanti.
Masih banyak lagi bukan ? Sekarang marilah ikuti langkah tutorial suapaya cikgu dapat aktifkan fungsi Hotspot pada phone Altitude YES dengan mudah.
Pergi setting atau scroll down paparan screen dan klik icon gear
Seterusnya klik menu Set up WLAN hotspot
Seterusnya masukan nama wireless Hotspot cikgu .. pastikan unik supaya tak ada yang tertukar atau nama sama satu sekolah Hotspot cikgu nanti
Jangan lupa tap butang save … ok langkah seterusnya
Cikgu boleh tap untuk hidupkan fungsi Hotspot cikgu … malah cikgu boleh gunakan Bluetooth untuk sambungan lebih selamat
Jika cikgu risau kehabisan batery cikgu boleh gunakan USB tethering sambil caj dan melayari internet.
Jika cikgu dah setup semuanya takkan nak akses melalui setting setiap kali nak kongsi internet bukan ? Kali ini mudah … sistem phone akan buat satu butang one tap sahaja bila cikgu swap turun screen untuk aktifkan fungsi Hotspot dengan mudah.
Contoh bila cikgu aktifkan Hotspot … cikgu boleh akses sama seperti sambuangan wifi yang lain
Satu tips bagi pengguna Windows 10. Jika cikgu tak aktifkan metered connections wifi kemungkinan data cikgu akan ditelan oleh sistem update Windows 10. Mohon aktifkan selepas cikgu buat sambungan ke Hotspot cikgu.
Gunakan dengan bijak .. Jika ada soalan sila tinggalkan diruangan komen
Selamat pagi. Sekiranya habis data, adakah penggunaan data akan terus berikan dan caj dikenakan pada guru?
Kelajuan mungkin jadi perlahan dan tiada caj akan dikenakan pada guru. Jika cikgu nak topup data pastikan cikgu topup LTE data bukan voice.
Rujuk laman web Yes untuk topup data pakej guru sebab ia berbeza daripada pakej biasa
salam
bagaimana nak gunakan kuota yes4g broadband, adakah saya perlu beli peranti lain untuk kuota broadband. tq
Data 4G LTE 2 GB cikgu boleh gunakan telefon Yes Altitude manakala baki 2 GB lagi adalah menggunakan peranti dongle (boleh guna dongle lama)
Kalau data LTE dah habis cikgu boleh topup data LTE rujuk laman web Yes mengenai harga yang ditawarkan (kami tak ada kaitan dengan topup nie ya)
Maksudnye tuan?
Kena guna data 2GB tu sebab KPM dah bayar … nanti kena audit nanti kemudahan tak di manfaat sepenuhnya
“guna dongle lama”
Nak kena guna sim card lain ke?
Tak perlu sim card lain .. dongle lama hanya guna USB
Boleh tuan jelaskan lebih details cara guna usb
Nombor telefon yes saya sama dgn dgn rakan sekerja.Dia punya dikotak nombor lain.tapi dlm phone nombor saya.Saya punya dikotak telefon dsn dlm telefon sama.Apa tindakan yg perlu dibuat skrg.
Tukar simcard cikgu dengan cikgu yang tertukar.. Mungkin boleh selesai ? Kalau tak dapat maklumkan ke helpdesk
Dah cuba call ke handphone kawan cikgu ? No apa yang keluar ?
Selamat pagi Admin. Setelah saya upload fail ke frog guna widget FILE DROP, saya tak dapat buka fail tersebut melalui smart phone YES. ( kecuali fail PDF) Ada tak setting yg perlu dibuat atau memang tidak support? TQ
Cikgu boleh install Office 365 atau Google Doc untuk buka files tersebut
Bagaimana cara untuk menggunakan Yes 4G Broadband yang diberi pada guru.
Tu tutorial yang kami bagi adalah Yes 4G untuk plan data guru.. Untuk makluman telefon bimbit tu inisiatif Yes manakala KPM hanya beli plan data 2 GB
soalan tanya cmner nak guna broadband yes 4g….u jawab le laut plak
YES 4G ada dua … satu pada Plan Guru YES 4G LTE dan YES WiMAX
Kalau cikgu ini kes berat sebab masih tak tahu sebab ini dah masuk phase 2 … mohon bantuan PKG untuk Handholding .. kalau bukan cikgu mohon ke YES Store untuk maklumat lanjut
Bagaimana sekolah yg tidak dapat kemudahan ini? Ada kelayakan? Bagaimana pula peningkatan taraf seperti yg dinyatakan dalam surat yang dikeluarkan? Kalau diperhatikan ada sekolah sekolah yang tidak terdapat didalam senarai yang dikeluarkan. Terutama sekolah sekolah yang jauh dari pencawang YTL walaupun sekolah sekolah ini menggunakan perkhidmatan ytl yg ditumpangkan ke telekom. T kasih
Kelayakan dapat telefon atau plan data guru?
Salam, Nak tanya kalau guru tu baru masuk daftar disekolah ini adakah guru tersebut layak dapat smartphone baru? Guru tu masuk awal tahun 2017. Pengagihan smartphone pada bulan 10 2016. ape saluran yang blh digunakan untuk memohon smartphone yes untuk guru baru tersebut?
Daftar cikgu untuk ID VLE sekolah dan isi borang permohonan hantar ke PPD
borang permohonan nak dapat kat mane?
Cikgu boleh rujuk di ruangan muat turun atau klik https://www.btpnsel.edu.my/download/4/
Apa maksud penyataan ini.
Guru-guru juga diberi data Broadband 2GB yang boleh diguna pakai dengan mana-mana peranti YES lain.
(Dongle, Huddle, Zoom).
diambail dari http://1bestarinet.net/wp-content/uploads/2016/11/Amalan-Pendidikan-Alaf-Baru-dengan-Telefon-Pintar-YES-Altitude-1.pdf
Sebenarnya cikgu yang dapat Phone Altitude akan dapat quota Wimax 2GB selain quota 2GB LTE (nak guna quota Wimax kena pakai dongle lama atau setaraf dengannya sebab Phone Altitude tu tak support Wimax band)
Sekolah yang tak dapat Phone Altitude hanya boleh gunakan 2GB quota Wimax sahaja ikut plan dongle lama
so kalau nak guna jugak; masukkan dalam dongle memana la?
Yup .. betul
Kalau telefon pintar tersebut rosak atau skrin pecah ada jaminan tak atau ganti yang baru ke?
Kalau buka kotak screen rosak sebab pengilangan atau batery mengelembung jawabnya … ya dapat baru.
kalau kerosakan yang tidak disegajakan dapat pembaikan yang baru tak?
Tak .. tapi cikgu boleh bawa ke Yes Store dan maklumkan bahawa cikgu melanggan Plan Guru dan pihak Yes akan bagi harga istimewa (jawapan yang diberikan oleh pihak Yes)
Brapa ya rebat? Hp yes dh rosak sbb masuk dlm air
RM399 set baru
Call dan mesej free utk sesama no yes. Bagaimana pula jika ingin buat panggilan keluar ke telco lain?
Itu kena tanya pihak Yes.. Kami dimaklumkan cikgu kena tambah nilai untuk membuat panggilan luar
Salam. Mcmana prosedur utk hp yes yg rosak ye? Boleh terus ke yes store ke?
Tak.. Kena hantar ke PKG cikgu
Yang rosak cikgu simpan dulu di sekolah sampai keputusan YTL buat
Sy upgrade plan sedia ada dgn langgan teacher plan 29.. blh call ke nombor telco lain
Ya boleh … tapi selepas itu cikgu kena pastikan sentiasa ada kredit .. kalau tak nanti ada tunggakan atau hutang nanti
Hai admin, salam sejahterah,
Saya telah upgrade plan sedia ada dgn langgan teacher plan 29. Bagaimana cara hendak tamatkan langgangan teacher plan 29 ni dan kembali kepada plan yang asal? Terima kasih.
Kena buka tiket untuk tamatkan langganan.
Boleh tak dapatkan no yes semua guru dlm sek yg sama drp frog utk masuk ke dlm hp Yes..kalau ada,ajarkan saya.
Pada admin VLE sekolah? Boleh import guna Google Contact sync melalui MS Excell
boleh x tukar sim yes ini ke fon samsung @ lain2 peranti?
Boleh tapi model tertentu sahaja.. Samsung J6/7 model 2016 dan Sony Experia XA.. Model lain rujuk laman web Yes.. Ini kerana band LTE 4G LTE agak berlainan daripada standard International
Kami baru dpt smartphone… Utk aktifkan smarphone guna id yes ke email gmail sbb dia suh msukkan email kan
Kalau boleh ID Yes.. Kalau lupa Password guna ID Gmail dulu dan selepas itu boleh masukan ID Yes kemudian
Saya cuba connect Yes 4G Altitude ke laptop secara bluetooth tetapi gagal utk mendapatkan driver bagi YES tersebut. Kat mana boleh dapat driver tersebut sebab kat YES website tak ada?
Kenapa bukan wifi?
Nak hantar gambar melalui bluetooth
Ouh.. Install jer Google Photo.. Cikgu boleh sync dan buka Download pada desktop
Slm tuan…kt mana nak cari hp yg support utk guna simcard yes ni….dh p laman web yes..tp xjumpo…mtk jasa baik tuan..
Ok cikgu boleh rujuk https://www.yes.my/supported-devices
Dah jumpo tuan…dlm list ada hp sy tp bila msk simcard…no service
Slm tuan..apa maksud data ony…data+voice lte….bleh tlg bg pencerahan
Volte … voice over LTE maksudnya … suara lebih jelas dan panggilan lebih murah sebab dikira dalam byte
Salam. Mcm mn nk hentikan bayaran bulanan. Sy upgrade sekali utk lebih data. Skrg x guna pun masih kena caj bulanan. Macam mn nk buat
Cikgu buka tiket ke [email protected] dan mohon pemotongan.
Macam mana saya nak guna yg broadband tu…yg lte saya dah faham…adakah dgn kita guna hotspot,data akan diambil dari lte ataupun broadband…tqvm
Broadband cikgu kena gunakan modem Wimax dongle masa fasa 1 dahulu.. Tapi mana nak dapat modem tu? Boleh beli pada YTLC sebab modem tu tak masuk dalam kontrak 1BN fasa 2.
mcmana sy nk aktif semula broadband yg 2g data, sbb didapati selepas aktifkan phone yes altitude dongle broadband dh tk dpt guna lg
Sepatutnya boleh? Cikgu dah Reset password melalui akaun admin sekolah?
mohon bertanya tuan, untuk penggunaan broadband yang dinyatakan tu macam mana ya?
Cikgu kena gunakan huddle Yes (kena beli) atau Wimax USB modem (masa fasa 1 diberikan percuma). Kalau masih ada bolehlah cikgu guna.. Kalau tak kena cari di kedai Yes Store
Assalamualaikum admin..adakah setting apa2 utk gunakan data dari simkad telco lain dlm phone ni??sy dh cuba ubah setting dalam sim cards manager tapi data telco lain xdpt digunakan,tapi hanya voice telco tu boleh digunakan
W’salam.. Buat masa ini ketetapan internet cikgu perlu download daripada telco masing-masing maklumkan model phone cikgu untuk ketetapan yang betul.
Adakah penggunaan data akn dipantau?
Dipantau? ya sebab data tersebut pihak KPM bayar setiap bulan
Salam nk ty..sy ada cabut skali simkad yes di telefon altitude ni..saya masukkan smula sim,trus kluar emergency call only..dah adjust byk kali still mcm tu jgk jd..apa tindakan sy?
Ada dua kemungkinan sama ada setting simcard cikgu tersetting 3G atau simcard cikgu rosak. Setting semula ke 4G dan jika gagal simcard tu cikgu boleh tukar di kedai Yes Store Yes https://imgur.com/gallery/GdKzS
Setting Data mesti ditetapkan ke Sim 1(Yes 4G LTE). Jika data ditetapkan ke Sim 2, maka secara automatik Sim 1 (Yes) tidak boleh diakses / emergency call.
Bolehkah simcard 4g dari telco lain dipasang pada telefon yes altitude?
Boleh cikgu nurul.. Tapi tetapan internet bergantung kepada telco.. Hubungi helpdesk telco anda dan nyatakan model telefon.. Mereka akan hantar tetapan internet tersebut.. Untuk panggilan suara dan SMS tak ada masalah setakat ini..
Tapi pastikan simcard Yes diberi keutamaan kerana simcard Yes tidak ada mode 3G.. Diaorang ada 4G sahaja
Simkad Slot 1 gunakan frequency 2600Mhz (Yes), manakala telco lain gunakan frequency 1800Mhz. Dengan lain perkataan, hanya kad sim Yes sahaja boleh digunakan di Slot 1.
Bagi Slot 2 pula, ia gunakan teknologi 3G sahaja. Semua telco boleh gunakan.
salam admin , baru2 ni saya nak gunakan hotspot pada laptop tapi tak boleh connect, tertulis kat situ kena sekat.sebelum ini mudah jer gunakannya…apa masalahnya
Adakah plan data cikgu dah habis quota ? sepatutnya tiada masalah
as salam..nak tny..jika guru berpindah perlu bawa peranti ke sekolah baru atau serahkan dekat sekolah lama?
Hantar ke Jabatan Pelajaran Negeri
Salam. Klau xguna 4G broadband tu dikira rugi ke macam mana?
Data 4G ini dibayar oleh KPM.. Wajib guna untuk tujuan P&P
Tak .. data tu diberi sebagai bonus oleh YTL
Saya masih x faham cara mnggunakan data 4G Broadband.. adakah tel Yes Altitude x boleh support data ini atau gunakan terus data broadband? Jika sy mnggunakan dongle atau huddle dsbgnya.. mcmana nak tarik data dari tel Yes melalui dongle? Adakah perlu menggunakan ID Yes?
Jika sy buka wifi pada tel yes mnggunakan zoom Yes sekolah.. adakah data drpd Zoom itu diakses ataupun data broadband sy automatik diakses?
Data pada Zoom cikgu
Data Dongle (WiMAX) adalah berasingan dengan Data Phone Yes (LTE) dan dua benda ini tidak berkaitan
Penggunaan data LTE boleh digunakan melalui SmartPhone (simkad) sama Yes Altitude atau SmartPhone lain.
Manakala data Broadband hanya boleh digunakan melalui penggunakan ID Yes. Ia boleh digunakan melaui Yes Dongle, Yes Huddle, Yes Zoom dan lain-lain peranti yang menyokong TDD band 38 (2600Mhz).
Hp yes saya disamun mnggu lepas. Apa step yg perlu dilakukan?.
Utk makluman, saya baru berpindah sekolah ke Penang. Kejadian samun tu berlaku pd hari kedua saya bertugas di sekolah baru. Terima kasih atas perhatian.
Kami bersimpati dengan cikgu.
Kalau ada laporan polis cikgu sertakan hantar ke [email protected] dan dukacita harga telefon dan simcard tetap dikenakan RM399 (masih didebatkan atas kes-kes kemalangan yang tak dapat dielakkan)
terima kasih En Admin
Slm hormat.
Mohon no tel helpdesk Yes sbb phone sy punya sdh lock Google.
Mohon admin VLE sekolah reset akaun google cikgu
Nanti kena bagi balik ke Phone ni ?
Jika berpindah ke sekolah yang tiada liputan YES atau bersara sahaja
id & password yang digunakan untuk akses broadband dgn dongle ‘unable to connect’, sebelum ni ok sahaja. mcmmana nak buat?
Minta admin log masuk.. Reset kata laluan melalui dashboard admin
Hope next time u boleh bg tutorial utk share pggunaan broadband pulak ye..thank you.
Baru-baru ni hp yes saya asyik mati2.Bila saya charge hp jadi ok.Adakah ini disebabkan bateri saya rosak?
Mungkin betul bateri rosak.
Hp yes sya terjatuh dan menyebabkn skrin pecah.. tpi masih berfungsi spt biasa. mcm mna tu..
Itu dikira kecuaian sendiri.. Dapatkan set baru (kos sendiri) di kedai Yes berhampiran
mcm mana jika simcard yes sy tercicir lalu hilang. sy boleh buat baru di yes store ke? baru2 ni sy tukar simcard sekejap sbb phone sy rosak.
Report ke helpdesk yes .. RM10 untuk simcard baru
Maaf tumpang tanya ya. Handphone yes saya tidak boleh beroperasi. Bila tekan butang on, hanya keluar simbol yes dan vibrate sahaja. Selepas itu , terus terpadam dan terus berulang-ulang begitu jika tidak dicabut baterinya. Jadi, apa yang perlu saya lakukan? Sebelum ini, tiada masalah.
Report ke helpdesk cikgu .. nampaknya handphone yes cikgu rosak .. pihak yes akan maklumkan bagaimana hendak pulangkan telefon rosak melalui pos Malaysia
jika sambung ke laptop guna USB Tethering, kuota data guna kuota LTE atau kuota Broadband? speed pula ada beza ke.
LTE cikgu .. Kouta satu lagi kena guna modem WiMAX
Mcm mn nk report helpdesk.
Maaf tumpang tanya ya. Handphone yes saya tidak boleh beroperasi. Bila tekan butang on, hanya keluar simbol yes dan vibrate sahaja. Selepas itu , terus terpadam dan terus berulang-ulang begitu jika tidak dicabut baterinya. Jadi, apa yang perlu saya lakukan? Sebelum ini, tiada masalah
Dah cuba reset ?
To navigate, use your volume up and down keys. Navigate to factory reset/wipe, then hit power button (to select).
Please NOTE that when you reset it ALL data is LOST.
https://c.getsatisfaction.com/yes4g/topics/forgot-screen-lock-code
Kalau tak dapat juga selesaikan masalah cikgu report ke [email protected] untuk set gantian lain
Hantar emel ke [email protected]
hp saya xble on.. dah tnya kat org y repair hp.. hp yes sy rosak.. bateri ok.. sy jrg on hp ni skli skala sj guna bila xguna sy off..bla nk on blik dah xble on dah..ap nak buat ye admin?
Report ke [email protected] dan tunggu diaorang ambil di sekolah nanti
Assalamm admin.. nak tanye jika broadband yes x blh guna, apa sy perlu buat?
Cikgu boleh minta admin VLE resetkan kata laluan cikgu
Assalamualaikum, maaf kerana mengganggu. Saya ada soalan nak tanya. Saya upgrade data saya ke 12 gb. Masalahnya saya dah habis guna 8gb yg LTE dan skg saya nak guna 4gb yg Broadband kat laptop saya. Mcm mana nak guna yg 4gb Broadband tu ke laptop saya?
Kena guna modem USB generasi pertama yes iaitu WiMAX usb
hai admin..
adakah penggunaan data guru ini akan dikesan penggunaan nya?
Kiranya smartphone yes ni rosak adakah simkadnya boleh digunakan mnggunakn samrtphone lain yag bukan yes.
Boleh .. cuma phone tertentu sahaja contoh xiomi, Samsung J7 2017 dan beberapa model sony
Salam , mcm mana nak gunakan hotspot melalui usb ? Saya dah cuba connect ke komputer tapi hanya charging
Pergi setting > more > tethering & portable hotspot > USB tethering
Windows XP tak support termasuk Macbook daripada apple ya
Bleh ke simkad yes ni digunakn dekat hp lain…
Boleh .. smartphone daripada china kebanyakan support contohnya xiomi
Kalau sim card yes ni masuk ke phone lenovo boleh ke? Saya dah cuba tapi dia jadi “emergency call only”
Tak sure lenovo support ke tidak sebab last kami check lenovo tak ada dalam senarai yang support band signal Yes
Simkad yes saya x dpt signal..apa yg perlu saya buat.
Report ke helpdesk yes dan maklumkan kepada helpdesk dengan bantuan Admin VLE
Sekarang dah takde lagike data 2GB broadband?
Macam mana nak dapatkan kembali 2gb data broadband?
Data broadband hanya 2GB LTE pada smartphone YES
Bagaimana nak buat jika hp yes ni keluar emergency call kat depan..line ada..tp x blh keluar sbb dia srh taip no emegency
Report yes helpdesk melalui guru admin vle sekolah .. mungkin dah kena block
Salam..saya nak tanya.. hp yes tiba2 terpadam..jika cas boleh guna macam biasa.. perlu tukar bateri ke? Jika cabut charger hp yes terus terpadam
Ya selepas 2 tahun kebanyakan smartphone akan mengalami masalah bateri
Ok..maksudnya saya kena cari bateri baru la..bkn hp rosak kan?risau pula hp rosak..😅😅tqvm admin..
salam tuan. saya nak bertanya tentang tablet yang cikgu2 dapat. tablet saya selepas diaktifkan boleh digunakan. namun begitu, selepas ianya mati akibat kehabisan bateri. saya sudah cuba mengecaj beberapa kali namun tidak dapat dihidupkan. adakah ada warranty dari pihak YES? apa tindakan yang sewajarnya diambil?
Maklumkan ke cikgu vle untuk log report dan dapatkan tiket aduan. Follow arahan mereka .. kalau masalah tak boleh hidup kebanyakan masalah bateri sahaja .. tukar baru masalah cikgu selesai
Jika saya terlupa password hotspot…macam mana saya nak reset balik?
Pergi setting dan cari menu hotspot dan tukar ke kata laluan baru. Rujuk video tutorial berikut https://www.youtube.com/watch?v=A4HpOuonlpE
Baik, terima kasih atas maklum balas admin.
Salam tuan. saya nak tanya Pelan Data Guru 1BestariNet punya 2GB Broadband sudah tak ada ke? hanya ada 2GB LTE saja ke?
2 GB LTE sahaja
Betul ke HP Yes ni aka diambil semula?
MAKLUMAT UNIT ICT SKPP
Pada 30 JUN 2019 ;
1. Kontrak 1bestarinet Fasa 2 tamat.
Semua talian internet sekolah akan ditamatkan.
Pelan Data HP YES guru tamat.
HP YES akan diambil semula oleh pihak YES
FROGVLE juga ditutup.
Mohon guru membuat backup data ERPH dalam google drive yes masing2. Sila download semua bahan ERPH dan bolehlah disimpan dalam laptop/komputer/hard drive/ pendrive/drive gmail akaun/.
#Berdasarkan taklimat unit pembestarian sekolah BTPN dalam mesyuarat kluster GPB/GPICT bertarikh 16.05.2019
Sekian, terima kasih
Rujuk memo KPM rasmi. yang ada hanya buat sandaran backup sahaja.