Profil

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) adalah sebagai agensi yang
ditubuhkan untuk membantu guru-guru di bilik darjah.

Ia bermatlamat untuk menjadi sebuah pusat profesional keguruan yang berupaya membantu meningkatkan kualiti pendidikan dan kerjaya perguruan.

Matlamat tersebut dirancang dan dilaksanakan melalui program yang terancang berteraskan konsep perkongsian, permuafakatan dan penglibatan kumpulan guru-guru dan pegawai-pegawai pendidikan di peringkat negeri, bahagian, daerah dan kawasan.