Selamat datang ke halaman khas pertanyaan (F.A.Q). Sila kirimkan soalan anda mengikut kategori di bawah dan kami akan cuba menjawab persoalan anda dengan seberapa ringkas dan mudah difahami.
Adakah kursus setahun pusat sumber masih dianjurkan? Jika ada bagaimana cara untuk memohon?
Permohonan boleh dibuat pada PKG daerah masing-masing untuk dicalonkan untuk kursus peringkat negeri
Bolehkah puhak tuan menganjurkan kursus ICT kepada Guru Besar Daerah Petaling Utama yang kurang arif tentang ICT?
Anda bebas datang belajar di BTPN Selangor .. kemudahan yang lengkap kami sediakan. Aturkan temujanji anda dengan kami di talian 03-55484477
Apa itu BTPN Selangor ?
BTPN Selangor adalah singkatan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Dahulu dikenali sebagai PSPN Selangor (Pusat Sumber Penddikan Negeri Selangor)
Bagaimana saya hendak mendapatkan pengetahuan mendalam mengenai pengurusan Pusat Sumber Sekolah ?
Anda bolehlah menghubungi BTPN Selangor atau PKG terhampir dengan anda untuk mendapatkan khidmat nasihat serta kursus-kursus yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah
Siapakah pegawai yang menguruskan Unit PSP ?
Unit PSP mempunyai 3 orang pegawai sebenarnya. Buat masa sekarang pegawai yang menguruskan Unit PSP adalah En Misnan dan En Zainuddin.
Siapa atau Unit manakah yang menguruskan Pusat Sumber Sekolah di BTPN Selangor ?
Unit yang menguruskan Pusat Sumber Sekolah adalah Unit PSP (Pengurusan Sumber Pendidikan). Menyediakan kursus dan khidmat nasihat mengenai perjalanan dan pengurusan pusat sumber sekolah
Siapakah Local Administrator BTPN Selangor ?
L.A BTPN Selangor adalah En Munir Mat Yaub.
Saya hendak membawa sekumpulan murid untuk lawatan ke shah alam. Berapa had bilangan kemudahan katil yang disediakan?
Harap maaf. Polisi BTPN Selangor murid tidak dibenarkan menginap
btpn kat mana lagi yang ada kemudahan asrama?
Semua ada asrama kecuali BTPN Wilayah Persekutuan, BTPN Perlis dan BTPN Melaka
Apakah kemudahan yang ada di asrama? Adakah kami perlu membawa peralatan penjagaan diri(tuala mandi,sabun, dll), peralatan tidur(bantal, cadar & selimut) dan seterika sendiri?
Tak perlu .. segala kemudahan telah disediakan anda hanya perlu membawa pakaian anda sahaja
macam mane nk booking asrama
Anda boleh menghubungi BTPN Selangor 03-55484477
berapakah bayaran yang akan dikenakan jika ingin menginap di asrama?
Untuk Guru dan tujuan kerja rasmi kakitangan awam adalah percuma ... jika anda kakitangan awam dan urusan tidak rasmi RM 1 dikenakan
Adakah BTPN Selangor mempunyai kemudahan asrama ?
Ya, kami menyediakan kemudahan asrama dan bilik kuliah
Saya ingin membuat kursus motivasi untuk 30 pelajar,adakah perkhidmatan dewan dan asrama btpn boleh digunakan..
Kemudahan adalah tertakluk kepada Ketua Penolong Pengarah BTPN Selangor untuk tujuan khas .. sila hubungi BTPN Selangor untuk tujuan tersebut di 03-55484477
Bagaimana sekolah hendak melaporkan kerosakan ?
Sekolah boleh melaporkan melalui STS (Support Ticketing System) http://sts.moe.edu.my
Bagaimana sekolah hendak login ke dalam sistem STS ?
Sekolah boleh menggunakan id dan password (pastikan id huruf kecil dan password adalah huruf besar)
Siapakah wakil atau syarikat yang membuat penyelenggaraan ?
Pihak KPM telah melantik syarikat Kaypi Tech Sdn untuk membuat penyelenggaraan di sekolah negeri Selangor bermula 12 Julai 2010 sehingga 11 Julai 2011
Apa yang KAYPI akan buat semasa datang ke Sekolah ?
Pihak Kaypi akan datang ke sekolah dengan membawa borang cadangan penyelenggaraan. Pastikan pihak Kaypi datang berjumpa dengan Guru Besar dan Pengetua terlebih dahulu
Apakah peralatan yang dikategorikan sebagai BER ?
Peralatan yang dikategorikan sebagai BER adalah seperti LCD Laptop, dan kos pembaikan yang melebihi 60% daripada nilai semasa perlatan tersebut
Bagaimana pula jika pihak syarikat KAYPI menawarkan set perlatan baru untuk menggantikan set peralatan lama akibat ketiadaan stok ?
Sekolah dinasihatkan TIDAK MENERIMA peralatan tersebut kerana ianya menyalahi peraturan penyelenggaraan.
Adakah pihak sekolah perlu mendatangani apa-apa dokumen ?
Ya, pihak sekolah mungkin diminta untuk mengesahkan kerja penyelenggaraan KAYPI seperti borang PPP (cadangan penyelengaraan). Sekolah diminta membaca dan meneliti perkara yang dinyatakan sebelum mengesahkan borang tersebut
Selepas peralatan telah siap dilaksanakan apakah yang sekolah perlu lakukan ?
Sekolah dikehendaki menutup tiket aduan STS untuk tujuan rekod dan rujukan BTP.
Jika sekolah mempunyai masalah kepada siapa sekolah boleh rujuk ?
Sekolah boleh membuat pertanyaan melalui SISPAC (Sistem Aduan Pemantauan dan Cadangan Online) http://sispac.btpnsel.edu.my/ atau email ke support@btpnsel.edu.my atau telefon ke 03-55484455
ADA SEBARANG PERTANYAAN ?
Jika anda ada persoalan sila gunakan form dibawah untuk kami menjawab persoalan anda.