Posted by UPICT in Berita Menarik, Pelaporan, Umum, Unit Perkhidmatan ICT | 2,138 Comments
MSC Malaysia APICTA Awards 2011
Sekali lagi SK Taman Universiti telah terpilih sebagai finalist untuk kategori sekolah rendah MSC Malaysia APICTA 2011. Kali ini projek yang dipertandingkan adalah ‘THE BETTER HOME’. Projek ini adalah menghasilkan rekabentuk 3D sebuah rumah idaman dengan menggunakan perisian Google Sketchup. Peserta yang terlibat terdiri daripada lima orang murid kelab Robotik & ICT (RICTECH). Mereka ialah:
- Muhammad Farhan b. Istihat (11 tahun)
- Nisa Izzati bt. Fauzi (11 tahun)
- Siti Noor Fathiah bt. Md. Razin (10 tahun)
- Nur Aliessya Illyanie bt. Muhd Hariri (10 tahun)
- Iqbal Hakim b. Radzuan (10 tahun)
Daripada berpuluh-puluh penyertaan seluruh Malaysia, hanya empat buah sekolah yang berjaya menjadi finalist kali ini. Selain SK Taman Universiti (Selangor), tiga buah sekolah yang lain adalah SK Putrajaya Presint 9(1) (Putrajaya), SK Kuala Berang (Terengganu) dan SK Dua Sungai (Sarawak).
Keputusan pertandingan akan diumumkan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak MSC Malaysia APICTA. Semoga SK Taman Universiti berjaya kali ini.
Kategori: Best Primary School Project
Peringkat: Finalist (Seluruh Malaysia)
Artikel berkaitan:








