Posted by UPICT in Berita Menarik, Unit Perkhidmatan ICT | 0 Comments
Anugerah APICTA untuk direbut
Semua Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatian Tuan / Puan kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman, Multimedia Development Corporation (MDeC) sekali lagi akan menganjurkan MSC Malaysia APICTA Award 2011. Anugerah ini adalah acara tahunan bertujuan menggalakkan percambahan daya kreativiti dan inovasi dalam ICT khususnya di kalangan warga pendidik dan pelajar, syarikat-syarikat berstatus MSC dan lain-lain , sejajar dengan dasar yang diambil oleh pihak MOSTI berkaitan dengan inovasi dan kreativiti.
3. Sehubungan itu kerjasama pihak Tuan / Puan dipohon untuk mempromosikan “pencalonan” , dengan menyebarkan maklumat ini kepada sekolah-sekolah di negeri tuan/puan dan menggalakkan mereka menyertai anugerah ini. Pihak Tuan / Puan juga boleh memaparkan web banner yang disertakan di laman web BTPN dan juga di sekolah.
4. Untuk makluman juga, pencalonan boleh dilakukan secara online, melalui laman web www.mscmalaysia.my/apicta. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Julai 2011. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya di talian 03-20987753 / 017-3477739 atau Puan Sofia Akmal binti Abu Bakar di MDeC di talian 013-3525359 atau emel sofia@mdec.com.my.
5. Perhatian, sokongan dan kerjasama pihak Tuan / Puan dalam menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga sekolah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah
Maimunah bt Mohd Tahir
Ketua Unit Piawaian
Sektor Pembestarian Sekolah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Talian terus : 03-20987753
Mobile : 017-3477739
Artikel berkaitan:









