Posted by UPICT in Berita Menarik, Unit Perkhidmatan ICT | 0 Comments
Selenggara ICT dan Projek LAN
Perhatian kepada semua sekolah yang terlibat dengan selenggara ICT. Ada beberapa isu mengenai selenggara ICT yang patut sekolah tahu antaranya :
- Pihak BPI (Bahagian Pendidikan Islam) menyatakan bahawa tiada peruntukan selenggara dan ianya adalah benar kerana peruntukan selenggara sekolah agama telah diserahkan kepada pihak Kaypi Tech Sdn Bhd.
- Tidak dibenarkan selenggara ICT oleh pihak Kaypi menggantikan peralatan yang rosak dengan satu unit lain yang baru. Contoh network kad rosak dan pihak sekolah diminta terima satu unit PC yang baru. Sekolah perlu menjawab pihak audit mengenai perkara ini nanti.
- Sebarang aduan atau masalah anda boleh melaporkan kepada kami melalui http://sispac.btpnsel.edu.my/
Mengenai Projek Naiktaraf Rangkaian LAN sekolah pihak kami telah berbincang dengan pihak Jabatan Pelajaran Selangor pada 2 September 2010 di JPN Selangor.
Antara keputusan menyuarat pihak sekolah perlu melaporkan kerosakan dengan segera kepada pihak Bayutronik. Antara mekanisma yang ada dan untuk memudahkan semua pihak BTPN Selangor menyediakan satu sistem aduan untuk projek LAN ini.
Aduan boleh disalurkan kepada pihak Bayutronik sendiri melalui http://sispac.btpnsel.edu.my/ dibawah aduan Projek LAN. Setiap aduan akan diberikan no rujukan dan kami sendiri akan memantau aduan tuan puan.
Artikel berkaitan:









