Aug 30, 2010

Posted by in Berita Menarik, Umum | 0 Comments

Mengharumkan Sekolah dengan Open Source

Mengharumkan Sekolah dengan Open Source

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa atas permintaan dari agensi dan bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan, tarikh tutup untuk penyertaan Anugerah Kajian Kes OSS telah dilanjutkan ke 7 September 2010. Dengan ini, adalah diharapkan Tuan/Puan dapat menghantar lebih banyak penyertaan.

3. Tujuan Anugerah Kajian Kes OSS Sektor Awam ini adalah untuk menggalakkan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam pelaksanaan OSS di agensi Sektor Awam dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta juga untuk merangsang pembangunan dan penggunaan OSS di Malaysia bagi menyokong pelaksanaan Pelan Induk OSS Sektor Awam. Pertandingan ini dikategorikan kepada dua kumpulan:-

i) Kumpulan 1 : Agensi Sektor Awam
ii) Kumpulan 2 : Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

4. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan penghebahan dan penyertaan Tuan/Puan dengan menghantar seberapa banyak Kajian Kes OSS. Terma & Syarat Pertandingan boleh dimuat turun dari laman web di http://mygosscon.oscc.org.my/2010/casestudy. Pemenang dan finalis akan diberi pengiktirafan dan akan dianugerahkan sijil semasa Persidangn MyGOSSCON 2010.

5. Kajian Kes OSS yang telah lengkap hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 7 September 2010 ke emel casestudy@oscc.org.my. Sekiranya fail Kajian Kes OSS terlalu besar untuk dihantar melalui emel, mohon pihak Tuan/Puan menyediakan pautan bagi fail tersebut.

Di atas segala kerjasama Tuan/Puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Zulkefli Hj Muhammad
Sektor Pengurusan Aplikasi Pendidikan
03 20986655

Kenali UPICT

Unit PICT telah menulis 264 dalam web ini.

Unit Pengurusan ICT, BTPN Selangor boleh dihubungi di talian 03-5548 4450 sambungan 145

Artikel berkaitan:

  1. Taklimat Penggunaan Google Apps Dalam Pengurusan
  2. SPPICTS : Tarikh Baru
  3. Penangguhan Pengisian Maklumat SPPICTS
  4. Arahan Pelaksanaan Program Penarafan PSS dan Pengurusan Program NILAM 2010
  5. Pegawai Meja Survey TVP

Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest