Posted by hanif in Berita Menarik, Umum | 0 Comments
Program PROMISE Selangor
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hal Ehwal Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (EXCO) Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam telah mula menganjurkan PROMISE
Majlis ini diadakan secara mingguan dan tuan/puan dijemput hadir pada
- Hari : Sabtu setiap minggu
- Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi
- Tempat : Dataran Muzium dan Perpustakaan Negeri Shah Alam
Objektif program PROMISE adalah seperti berikut :
- Memberi pendedahan seluas-luasnya kepada rakyat negeri Selangor tetang Islam tanpa mengira kaum, perbedaan fahaman politik dan kedudukan sosio ekonomi mereka
- Menyediakan gelanggang mendekati Islam dalam suasana informal dan separa santai yang diharapkan dapat menarik golongan yang masih jauh daripada amalan agama khususnya golongan muda negeri ini
- Membentangkan Islam dalam susunan ilmu yang sistematik dan disampaikan oleh mereka yang berwibawa dan ahli dalam bidang-bidang yang akan dibicarakan
- Menampakan kesungguhan pentadbiran baru di Negeri Selangor untuk membawa agama dalam kehidupan masyarakat dalam persekitaran yang disenangi oleh semua golongan











