May 19, 2010

Posted by in Berita Menarik, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan | 0 Comments

Kursus Lanjutan PSS 45 Jam

Kursus Lanjutan PSS 45 Jam

Pengenalan Kursus/Bengkel:

PSS merupakan sebahagian bidang pengurusan sekolah yang perlu diberikan perhatian khusus dari semasa ke semasa khasnya oleh BTP, BTPN dan rangkaiannya. Sehubungan itu, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini sebagai usaha memberi pendedahan yang tepat kepada semua GPM dalam mengurusan Pusat Sumber Sekolah masing-masing.

Objektif: Diharapkan peserta kursus akan dapat:

  • Meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan, fizikal dan pentadbiran. b.
  • Meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru dan murid sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT. c.
  • Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan murid sekolah selaras dengan pelaksanaan dan hala tuju program NILAM.

Perjalanan Aktiviti: ( Bergambar) 9 Mei 2010, Ahad

  1. Seramai 24 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) telah melapor diri kursus telah melapor diri mulai pukul 4.00 hingga 7.00 petang. Seterusnya peserta melapor diri untuk penginapan di asrama. Pada sebelah malam lima lagi peserta melapor. o
  2. Taklimat kursus dan peraturan diadakan pukul 8.30 malam. Ustaz Zainuddin telah menerangkan peraturan kursus manakala taklimat kursus disampaikan oleh Pn Nik Asma binti Nik Ahmad. 10 Mei 2010,

Isnin

  1. Dua orang GPM dari PKG Kalumpang dan Jeram yang tidak dapat hadir telah digantikan dengan GPM dari Klang. o
  2. Slot pertama dimulakan dengan tajuk Fail Kuasa oleh En Nor Ahmad bin Khamzah dari 8.30 hingga 10.00 pg. Masa tidak mencukupi. Respon peserta sangat baik. Pelbagai soalan dikemukakan kepada penceramah.
  3. Slot kedua bertajuk Pengurusan Aset mengambil masa selama 4 jam disampaikan oleh Pn Hjh Mahayani binti Abd. Ghani.
  4. Slot pada sebelah malam bertajuk Pengurusan Bahan telah disampaikan oleh Pn Nik Asma binti Nik Ahmad . 11 Mei 2010,

Selasa

  1. Slot pertama bertajuk perancangan strategic disampaikan oleh En Azman b Larot. Slot kedua dimulakan pula oleh Pn Hjh Norasiah bt Abdullah dengan tajuk nya Pengurusan Kewangan.
  2. Bagi Slot berikutnya pula Pn Maimon bt Burok mengambil tempat yang membawa tajuk Manual Pengurusan Kerja dan Fail Meja.
  3. Di sebelah malamnya pula Slot Pengurusan Fail mengambil tempat yang disampaikan oleh Pn Siti Aishah bt Aziz.

12 Mei 2010, Rabu

Pada hari ketiga peserta didedahkan dengan tajuk-tajuk lain:

  1. Penggunaan Bibliogarfi, Indeks dan Fail Tegak olen Pn Nor Ain
  2. Pusat Sumber Digital oleh En Azman bin Larut
  3. Program Bacaan oleh Pn Rosemary
  4. Program Bacaan dan KBKK oleh Pn Semariati 13 Mei 2010,

Khamis Pada hari keempat, kursus diteruskan lagi dengan tajuk-tajuk berikut:

  1. Bahan Rujukan Asas oleh En Nor Ahmad bin Khamzah Kemahiran Maklumat oleh Pn Hjh Maziah binti Mohamed Peranan Perpustakaan Negara oleh Pn Anisatul Wahidah binti Abdul Wahid
  2. Carian Maklumat oleh En Abdul Jalil bin Toha

14 Mei 2010, Jumaat

  1. Slot terakhir bertajuk Kajian Tindakan telah disampaikan oleh En Mohammad Arif bin Harun
  2. Bagi mengakhiri kursus, Majlis penutup telah diadakan secara ringkas dengan disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah, BTPN Selangor. Antara intipati ucapan beliau ialah beliau amat berharap semua GPM akan dapat menggunakan ilmu yang diperolehi selama 5 hari bagi mengurus PSS dengan berkesan serta dapat menaikkan jumlah pembaca baik di kalangan guru dan murid-murid.
  3. Majlis diakhiri dengan penyampaaian sijil penyertaan kepada semua peserta kursus.

Secara keseluruhan kursus berjalan dengan lancar. Peserta pada kali ini lebih berdisiplin, menunjuk minat yang tinggi, memberi kerjasama yang sangat baik dan memberi respond yang positif setiap ceramah yang diadakan.



Kenali UPICT

Unit PICT telah menulis 297 dalam web ini.

Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Selangor boleh dihubungi di talian 03-5548 4475 sambungan 383/384

Artikel berkaitan:

  1. Download : Nota Kursus 45 Jam
  2. Kursus Pengurusan Server Linux
  3. Kursus Penulisan Berita
  4. Kursus Pengurusan Server Linux FT17 PKG
  5. Kursus Pengenalan Pengurusan Organisasi BTPN
Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest

Trackbacks

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by BTPN Selangor. BTPN Selangor said: Kursus Lanjutan PSS 45 Jam: Pengenalan Kursus/Bengkel: PSS merupakan sebahagian bidang pengurusan sekolah yang per… http://bit.ly/cpRhbY [...]