Apr 30, 2010

Posted by in Berita Menarik, Pelaporan | 5 Comments

SPPICTS : Selangor Capai Peratusan Tertinggi

SPPICTS : Selangor Capai Peratusan Tertinggi

Tahniah kerana Negeri Selangor mencapai tahap yang memberangsangkan dan menduduki carta teratas antara semua negeri. Terima kasih kepada semua PKG kerana menjayakan pengisian data SPPICTS.

Berikut adalah email daripada Tuan Haji Yusof

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama-sama disertakan maklumat terkini berhubung status pencapaian pada jam 11.34 pagi hari ini. Sebagai ingatan kepada semua pihak yang terlibat, kutipan data sekolah dalam SPPICTS akan berakhir pada 9 Mei 2010. Kita tidak dapat melanjutkan tempoh ini lagi kerana kita perlu menganalisis data yang terkumpul ini bagi tujuan pelaporandan dan Pengumpulan Data SPPICTS Bil. 2/2010 akan dilaksanakan tidak lama lagi, iaitu pada 20 Jun hingga 09 Julai 2010.

3. Sehubungan itu, pihak kami memohon pihak terlibat untuk menggunakan masa yang tinggal ini sebaik mungkin untuk meningkatkan pencapaian pengumpulan data sekolah. Didapati kesesakan rangkaian internet juga kurang ketika ini.

4. Kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya pihak BTPN, PTPB dan PKG yang telah menunjukkan komitmen dan usaha yang sangat tinggi serta kesabaran dalam menghadapi berbagai-bagai masalah. Ucapan terima kasih juga ke atas semua pihak yang memberikan cadangan dan maklum balas berguna kepada kami.

5. Pihak kami mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas kekurangan kami dalam aspek teknikal dan perkara di luar jangkaan kami (contohnya: putus bekalan eklektik beberapa kali sehari dan server BTP tidak dapat berfungsi!).

Sekian, terima kasih.


Mohammad Yusof bin K Mohamad
Ketua Unit Data
Sektor Dasar
Bahagian Teknologi Pendidikan
Tel:03-20987933

SPPICTS 100430

Kenali hanif

Hanif Harun telah menulis 52 dalam web ini.

Muhammad Hanif Harun. Pegawai Teknologi Pendidikan Unit Pengurusan ICT. Boleh dihubungi melalui email di hanif@btpnsel.edu.my

Artikel berkaitan:

  1. Data SPPICTS Terkini Selangor
  2. SPPICTS : Tarikh Baru
  3. Penjadualan Semula SPPICTS
  4. Penangguhan Pengisian Maklumat SPPICTS
  5. Pemasangan ASTRO ke sekolah ahli PKG Selangor & Mesy. Penyelarasan BTPN/PKG Selangor Bil.01/2010