Home

Selamat Datang ke minisite projek email 1Sekolah 1Selangor. Email sekolah anda bermula dengan kod sekolah anda dan anda hanya perlu memasukan kod sekolah dan password untuk mengakses kemudahan yang ada.

GMAIL : Kemudahan email yang mudah untuk digunakan. Dengan kapasiti 7 Gigabyte simpanan email anda tidak perlu risau tentang membuang email yang anda sayang. Kemudahan tag atau label akan memudahkan carian email anda yang pelbagai. Kemudahan mengakses melaui telefon bimbit dan iphone semestinya sesuatu yang menarik untuk anda cuba.

GOOGLE DOCS : Kemudahan yang sangat berguna kepada pengguna yang mahukan akses dokumen secara online. Anda tidak perlukan lagi memasang MS Office kerana applikasi office dipasang bersama akaun anda. Hanya upload dan anda boleh akses dokumen anda dimana sahaja dengan mudah.

GOOGLE CALENDAR : Kemudahan merekod takwim dan tarikh penting. Malah anda dapat berkongsi dengan rakan anda untuk kegunaan bersama. Tiada lagi terlupa mesyuarat atau temujanji yang penting kerana Google Calendar menawarkan kemudahan peringatan melalui sms, email dan pop-up message.

GOOGLE TALK : Kemudahan bersembang secara chat, suara dan video. Anda boleh memasang software ke dalam PC anda atau menggunakan terus melalui Gmail. Kemudahan menghantar fail dan boleh digunakan dalam semua platform OS memudahkan anda berinteraksi sesama ahli.

Comments are closed.